Loading...
Tajuk : Kajian: 26% Belia Malaysia Ingin Bunuh Diri Kerana Kerja
link : Kajian: 26% Belia Malaysia Ingin Bunuh Diri Kerana Kerja
Kajian: 26% Belia Malaysia Ingin Bunuh Diri Kerana Kerja
Satu kaji selidik mengejutkan baru-baru ini mendedahkan, hampir 26.6% belia Malaysia berniat membunuh diri kerana tidak tahan dengan pekerjaan mereka.
Ini bermakna 1 dari 4 belia Malaysia yang bekerja mengatakan bahawa mereka rasa ingin mati kerana kerja.
Lebih daripada 15,000 belia berusia antara 18 dan 35 tahun mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian, yang dijalankan oleh laman cari kerja SkootJobs.com.
Hasil kaji selidik itu menunjukkan tahap yang membimbangkan apabila kebanyakan reponden sangat bencikan pekerjaan mereka.
33.3% BELIA MALAYSIA SANGAT BENCIKAN PEKERJAAN MEREKA
Sementara 25.3% responden mengatakan mereka merasakan “OK” tentang pekerjaan mereka, 33.3% daripada mereka mengatakan, mereka benci pekerjaan mereka.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati hanya 8.7% yang “cintakan” pekerjaan mereka dan 6.1% lagi “sukakan” pekerjaan mereka.
BELIA MALAYSIA TERSENARAI ANTARA “KEBOSANAN TERTINGGI” DI DUNIA
Bukan hanya belia Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tempat kerja masing-masing, malah mereka juga bosan dengan kerja mereka.
Tahun lalu, kajian antarabangsa MTV Asia mendedahkan di antara 26 negara, belia Malaysia tersenarai antara pekerja yang mengalami tahap “kebosanan tertinggi” di dunia.
Belia di Malaysia merekodkan kebosanan tertinggi pada 83%, diikuti oleh United Kingdom (79%), Brazil (79%), Singapura (78%) dan Sweden (77%).
Sumber: Hanasuva
Sumber: Hanasuva
Thus Article Kajian: 26% Belia Malaysia Ingin Bunuh Diri Kerana Kerja
Itulah artikel Kajian: 26% Belia Malaysia Ingin Bunuh Diri Kerana Kerja Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kajian: 26% Belia Malaysia Ingin Bunuh Diri Kerana Kerja dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/kajian-26-belia-malaysia-ingin-bunuh.html
0 Response to "Kajian: 26% Belia Malaysia Ingin Bunuh Diri Kerana Kerja"
Catat Ulasan