Loading...

Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi

Loading...
Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi
link : Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi

Baca juga


Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi


KASIH seorang ibu, itulah yang dapat digambarkan terhadap tindakan seorang wanita, sanggup meredah rumahnya yang sedang marak dijilat api demi menyelamatkan bayinya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 3.45 petang di Pangsapuri Proton Seksyen 27, Shah Alam, ketika seorang ibu berusia lingkungan 20-an sedang memasak apabila tong gas yang digunakan tiba-tiba disambar api.

Ketua Balai Bomba Shah Alam, Azmel Kamarudin dilaporkan berkata, wanita tersebut terkejut apabila menyaksikan tong gas memasak di dapurnya tiba-tiba terbakar. Dia terus berlari keluar ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan.


"Dia panik dan terus berlari keluar untuk mendapatkan bantuan. Namun pada waktu itu dia baru menyedari bahawa api merebak begitu cepat dan bayinya yang baru dilahirkan masih berada di dalam rumah."

"Pada saat itu, dia memberanikan diri berpatah balik masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan bayi," kata Azmel seperti yang dipetik oleh NST.

Katanya, kedua-dua anak dan ibu berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran tersebut telah memusnahkan 50 peratus rumah berkenaan.

Lapan anggota bomba dan penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.53 petang. 

Sumber: EdisiRakyat.com


Thus Article Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi

Itulah artikel Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/kasih-ibu-sanggup-redah-rumah-terbakar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kasih Ibu: Sanggup Redah Rumah Terbakar Demi Selamatkan Bayi"

Catat Ulasan

Loading...