Loading...

Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang

Loading...
Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang
link : Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang

Baca juga


Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang


KUALA KUBU BHARU - Enam kanak-kanak lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun ditahan polis ketika sedang berlumba basikal lajak di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu, semalam.

Penahan tersebut dilakukan sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor kira-kira jam 5.30 petang di kawasan riadah tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Lim Bak Phai berkata, enam kanak-kanak terbabit berasal dari Kampung Ampang Pechah dan merupakan pelajar di sekolah berdekatan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua basikal yang digunakan untuk berlumba diubahsuai tanpa dilengkapi dengan sistem brek.

“Basikal berkenan disita dan ibu bapa kepada kanak-kanak terlibat telah dipanggil ke IPD untuk tindakan lanjut di bawah kesalahan menurut Kaedah 42 LN 166/69.


“Saman RM150 dikenakan terhadap setiap seorang kanak-kanak yang terlibat berkenaan sebelum dibebaskan. Pihak polis memandang serius gejala ini apabila ia membabitkan kanak-kanak yang melakukan aktiviti perlumbaan menggunakan basikal lajak.

“Pemantauan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak berfaedah ini tidak menular dan mempengaruhi kanak-kanak lain,” katanya.

Bak Phai berkata, ibu bapa juga dinasihati agar memantau pergerakan anak-anak termasuk memeriksa basikal yang digunakan agar tidak melakukan sebarang pengubahsuaian yang dikategorikan sebagai basikal lajak.

Menurutnya, kerjasama orang ramai turut membantu menangani aktiviti tersebut dengan salurkan maklumat kepada pihak polis. - Sinar Harian


Thus Article Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang

Itulah artikel Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/lumba-basikal-lajak-enam-kanak-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang"

Catat Ulasan

Loading...