Loading...
Tajuk : Malaysia hampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia AFF
link : Malaysia hampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia AFF
Malaysia hampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia AFF
ARKIB : 08/08/2007
KUALA LUMPUR – Malaysia menghampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia Bawah 20 Tahun AFF dengan menumpaskan Thailand 2-1 pada separuh akhir di Kompleks Sukan Thanh Long, Kota Ho Chi Minh, Vietnam, semalam.
Skuad bimbingan K. Rajagopal ini akan menentang tuan rumah pada perlawanan akhir esok yang turut mara selepas menewaskan Myanmar 3-1 pada satu lagi separuh akhir di gelanggang itu.
Ahmad Fakri Saarani dan Yusaini Che Saad muncul wira pasukan dengan menjaringkan kedua-dua gol tersebut sekali gus mengulangi kemaraan Malaysia seperti pada kejohanan di Palembang, dua tahun lalu.
Ketika itu Malaysia cuma bergelar naib juara setelah dikalahkan Myanmar 1-0 dan menduduki tempat kedua selepas liga sepusingan di Kuantan tahun lalu selepas kalah kepada Australia 1-0.
Sebelum ini, anak didik Rajagopal melangkah ke separuh akhir kejohanan di Ho Chi Minh ini dengan menumpaskan Singapura 3-0, kalah kepada Myanmar 2-1 dan membelasah Laos 7-3 dalam peringkat Kumpulan A.
Kejohanan ini bagaimanapun hanya sebahagian gelanggang pemanas badan Malaysia menjelang misi yang lebih penting iaitu pusingan kelayakan Kejohanan Belia Bawah 19 Tahun Asia, Oktober ini.
Skuad remaja negara diletakkan dalam Kumpulan F pusingan kelayakan dari 31 Oktober hingga 11 November itu dengan Korea Utara, China, Macau, Singapura dan Timor Leste.
Pada pusingan akhir Kejohanan Belia Asia tahun lalu, Malaysia yang turut dibimbing oleh Rajagopal menduduki tempat tercorot kumpulan tanpa sebarang mata setelah kalah kepada Vietnam, Iraq dan Arab Saudi.
Hanya tiga pemain yang masih bersama skuad dalam Kejohanan AFF di Vietnam sekarang iaitu penjaring empat gol Perak dalam Liga Super, Ahmad Fakri, ketua pasukan K. Gurusamy dan Abdul Shukur Yusoff.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2yioUUj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Malaysia hampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia AFF
Itulah artikel Malaysia hampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia AFF Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Malaysia hampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia AFF dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/malaysia-hampiri-gelaran-juara.html
0 Response to "Malaysia hampiri gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Belia AFF"
Catat Ulasan