Loading...
Tajuk : Maria Chin bebas dakwaan anjur BERSIH 4
link : Maria Chin bebas dakwaan anjur BERSIH 4
Maria Chin bebas dakwaan anjur BERSIH 4
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan membebaskan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah daripada pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 4 pada tahun 2015.
Panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwa mengenai isu bidang kuasa.
Dengan ini, keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pertuduhan itu terus kekal atas alasan Maria tidak boleh dikenakan tindakan secara retrospektif.
"Kami menolak rayuan kerana kes ini berasal dari Mahkamah Sesyen dan harus berakhir di Mahkamah Rayuan," kata Malanjum.
Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata pihak pendakwaan membuat rayuan kerana kes ini membabitkan isu perlembagaan terutamanya Perkara 7.
Memetik laporan Malaysiakini, peguam M Puravalen dan Shahid Adli Kamarudin memberitahu mahkamah bahawa ini mengenai bidang kuasa dan memandangkan kes itu pertama kali dibawa di mahkamah sesyen, ia harus berakhir di mahkamah rayuan.
Thus Article Maria Chin bebas dakwaan anjur BERSIH 4
Itulah artikel Maria Chin bebas dakwaan anjur BERSIH 4 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Maria Chin bebas dakwaan anjur BERSIH 4 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/maria-chin-bebas-dakwaan-anjur-bersih-4.html
0 Response to "Maria Chin bebas dakwaan anjur BERSIH 4"
Catat Ulasan