Loading...

‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’

Loading...
‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’
link : ‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’

Baca juga


‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’



‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata beliau akan terkejut dan kecewa sekiranya Kementerian Kewangan tidak tersenarai sebagai antara kementerian paling bermasalah.

“Saya begitu teruja dan ternanti-nanti akan pengumuman yang akan dibuat oleh SPRM nanti tetapi pasti akan kecewa sekiranya Kementerian Kewangan tidak disenaraikan sekali antara kementerian yang paling bermasalah.

“Semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan berbilion ringgit merupakan jenayah yang melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang kini di peringkat akhir memuktamadkan senarai ranking kementerian berdasarkan kedudukan isu rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil semalam berkata senarai berkenaan akan diumumkan selewat-lewatnya November ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan turut berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga terlibat berhubung isu penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta oleh pegawai kanan kementerian itu.

Beliau berharap SPRM akan memaklumkan kaedah dan sistem digunapakai untuk menilai sesebuah kementerian dalam menentukan ranking rasuah dan salah guna kuasa supaya badan itu tidak hanya ‘syok sendiri’.

“Jika kayu pengukur yang digunakan itu telus, ia hendaklah diguna pakai secara berterusan agar setiap kementerian dapat memperbaiki kedudukan prestasi di samping menjadikannya lebih bersih dan amanah di mata rakyat.

“Sekurang-kurangnya ia dapat menjana perubahan dalam sistem tatakelola, membendung gelombang rasuah yang semakin membarah di dalam negara ini,” katanya.



Thus Article ‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’

Itulah artikel ‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/mengejutkan-jika-kementerian-kewangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’"

Catat Ulasan

Loading...