Loading...

Myanmar aibkan Malaysia

Loading...
Myanmar aibkan Malaysia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Myanmar aibkan Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Myanmar aibkan Malaysia
link : Myanmar aibkan Malaysia

Baca juga


Myanmar aibkan Malaysia



ARKIB : 23/08/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
Pemain Malaysia, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak (kanan) berusaha melepasi kawalan pemain Myammar, Zaw Khing Win (tengah) pada perlawanan bola sepak Pesta Bola Merdeka di Stadium MBPJ Kelana Jaya, malam tadi. Malaysia tewas 1-2. – Gambar SHAIFUDIN MOHD NOR.

PETALING JAYA – Malaysia tersepit di laluan yang sulit untuk ke separuh akhir bola sepak Pestabola Merdeka ke-39 apabila dikejutkan Myanmar 2-1 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Kekalahan pada perlawanan kedua ini menurunkan anak buah B. Sathianathan ke tangga kedua dan terpaksa menunggu dan mengintai sisa peluang menerusi perlawanan terakhir menentang Lesotho manakala Myanmar menjadi pasukan pertama meraih tiket tersebut.

Myanmar menghukum tuan rumah yang hanya bermain dengan 10 orang sepanjang 89 minit permainan setelah kehilangan penyerang Safee Sali sehingga beroleh tiga mata hasil jaringan Aung Myo Thant dan Yan Paing pada minit ke-41 dan 51 sebelum dirapatkan oleh Zaquan Adha Radzak pada minit ke-69.

Petanda awal nasib malang skuad negara muncul hanya beberapa saat perlawanan bermula angkara kekasaran Safee terhadap Zaw Lynn Tun yang betul-betul berlaku di depan kawasan bangku simpanan pelawat. Penyerang Selangor itu dibuang padang oleh pengadil, Chaiya Alee Mahapab.

Sekalipun tinggal 10 orang, skuad negara masih cuba bangkit memulihkan tumpuan sehingga beroleh sepakan bebas berdekatan kotak penalti namun dua percubaan terus Khyril Muhymeen pada minit kelima dan ke-16 sekadar tersasar dan ditepis keluar.

Minit ke-18 menyaksikan rembatan awangan Aidil Zafuan Radzak pula menyinggahi gawang Myanmar sebelum ketangkasan penjaga golnya, Aung Aung Oo menumbuk keluar menyekat percubaan bek tengah Malaysia berusia 20 tahun itu.

Stadium Petaling Jaya tiba-tiba gamat dengan sorakan hampir 5,000 penyokong Myanmar pada minit ke-41 apabila sepakan melengkung Aung Myo Thant daripada umpanan Myo Min Tun berjaya menembusi penjaga gol tuan rumah, Nasril Nourdin.

Yan Paing pula menambah derita Malaysia dengan sepakan leret tepat dalam kawasan penalti yang sekali lagi menewaskan Nasril pada minit ke-51 hasil umpanan lambung dari sebelah kanan.

Namun tuan rumah masih tidak putus asa untuk merapatkan jurang gol 1-2 daripada gerakan satu sama satu antara Khyril Muhymeen dengan Zaquan Adha membuahkan gol pada minit ke-69.

Mendapat umpanan lambung jauh, Khyril melorongkan kepada Zaquan Adha yang membolosi kubu lawan dengan larian kencang sambil melepaskan rembatan kencang kaki kiri yang menuju ke penjuru Myanmar sekali gus mencairkan kekebalan Oo.

Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan Lesotho menghidupkan semula peluangnya ke separuh akhir dengan menumpaskan Laos 3-1.

Lesotho memperoleh gol menerusi Potse Refiloe, Maipato Tefo dan Moleko Katleho pada minit ketiga, keenam dan 23. Manakala jaringan Laos dilakukan Visay Phaphouvaning pada minit ke-26.

Tiga pemain turut dilayang kad merah iaitu Kovanh Manthavisay dan Somsanouk Lovanxay dari Laos dan Muso Sallo (Lesotho).

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xDNnV2
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Myanmar aibkan Malaysia

Itulah artikel Myanmar aibkan Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Myanmar aibkan Malaysia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/myanmar-aibkan-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Myanmar aibkan Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...