Loading...

Norizan baru terfikir taktik

Loading...
Norizan baru terfikir taktik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Norizan baru terfikir taktik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Norizan baru terfikir taktik
link : Norizan baru terfikir taktik

Baca juga


Norizan baru terfikir taktik



ARKIB : 18/07/2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
 Norizan Bakar.
KUALA LUMPUR – Setelah terkeluar daripada saingan ke suku akhir lebih awal dan bolos 10 gol, barulah jurulatih negara, Norizan Bakar terfikir untuk menerapkan corak bertahan apabila Malaysia melayani Iran di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Menyedari Iran tetap memburu kemenangan bagi menjuarai Kumpulan C pusingan akhir bola sepak Piala Asia ini sekalipun hanya perlu seri untuk mara, Norizan turut menetapkan matlamat untuk anak buahnya mengurangkan gol yang bakal membolosi gawang skuad negara.

‘‘Kami perlu berpijak di bumi nyata. Kami tidak mampu menang dengan Iran tetapi pendekatan kami dalam perlawanan itu nanti perlu tepat iaitu bertahan dan menyekat lawan,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Prince di sini, semalam.

Katanya, dua perlawanan lalu yang menyaksikan Malaysia dibelasah 5-1 dan 5-0 oleh China dan Uzbekistan sudah cukup mengajarnya dan skuad negara bahawa sebarang percubaan untuk menyerang hanya akan mendedahkan barisan belakang sehingga dihukum lawan.

Ujar Norizan, ada beberapa muka baru dan rombakan dalam kesebelasan utama negara yang telah difikirkannya tetapi kesemuanya cuma boleh didedahkan beberapa jam sebelum perlawanan pukul 8.35 malam ini.

Ditanya sama ada Suffian Ab. Rahman bakal menggantikan penjaga gol utama, Azizon Kadir, jurulatih skuad negara ini turut enggan mengesahkannya sekalipun terdapat segelintir pemain lain yang sentiasa memanaskan bangku simpanan sejak siri persahabatan, bulan lalu lagi.

Bagaimanapun katanya: ‘‘Semangat pasukan saya kini agak menurun tetapi kami perlu menjalankan tanggungjawab untuk menamatkan persaingan ini. Kami sedar kami dikritik hebat kerana dua kekalahan itu tetapi kami menganggapnya sebagai lumrah dalam bola sepak.”

Norizan mengakui sebarang pakar psikologi terbaik dunia pun tidak mampu memulihkan semangat pasukannya kini tetapi mereka akan cuba menjadikannya sebagai sebahagian pengajaran.

Mengenai isu peletakan jawatan Timbalan Tengku Abdullah sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan beberapa pegawai majlisnya, Norizan terus enggan diheret sama ke dalamnya dan lebih berminat menumpukan perhatian kepada aksi dengan Iran.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2xgnVEN
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Norizan baru terfikir taktik

Itulah artikel Norizan baru terfikir taktik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Norizan baru terfikir taktik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/norizan-baru-terfikir-taktik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Norizan baru terfikir taktik"

Catat Ulasan

Loading...