Loading...

Pahang enggan menyerah awal

Loading...
Pahang enggan menyerah awal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang enggan menyerah awal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang enggan menyerah awal
link : Pahang enggan menyerah awal

Baca juga


Pahang enggan menyerah awal



HAIRUDDIN (kiri) sekali lagi menjadi taruhan Pahang untuk merobek gawang Negeri Sembilan malam ini.

SEKALIPUN jentera Negeri Sembilan (NS Naza) dilihat semakin ampuh dalam mengharungi kempen Liga Super musim ini, Pahang tidak akan mudah menyerah awal ketika kedua-dua pasukan bertembung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Menurut jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri akan digunakan sebaik mungkin dalam misi mereka meraih kemenangan.

Jelas Zainal, walaupun NS Naza turun selaku pasukan pilihan, anak buahnya tidak perlu gentar ketika berdepan lawan, sekali gus memberi ‘pengajaran’ berguna buat pasukan pelawat itu.

“Bukan sesuatu yang mustahil untuk Pahang membenamkan Negeri Sembilan mahupun mana-mana pasukan lawan yang lain.

“Tetapi untuk mencapai tujuan tersebut, pemain perlu mempamerkan rentak terbaik bagi memburu kemenangan,” katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.

Dalam pada itu, Zainal turut meminta anak buahnya supaya memberi komitmen selain tumpuan sepenuhnya bagi mengharungi aksi malam ini.

“Matlamat kita hanya satu, membolot tiga mata penuh dan membawa pasukan pada kedudukan yang terbaik,” tambah Zainal.

Pada aksi malam ini, Zainal terus menyandarkan harapan kepada penyerang, Hairuddin Omar dan pemain import dari Maghribi, Redouane Barkaoui bagi merobek gawang lawan.

“Kita harap mereka dapat menemui sentuhan gol, sekali gus membantu pasukan mencipta kemenangan di tempat sendiri,” kata Zainal.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, Pahang kini menduduki tangga kesepuluh dengan meraih sepuluh mata

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2hZ5Bps
Hakcipta terpelihara


Thus Article Pahang enggan menyerah awal

Itulah artikel Pahang enggan menyerah awal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang enggan menyerah awal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/pahang-enggan-menyerah-awal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang enggan menyerah awal"

Catat Ulasan

Loading...