Loading...

Pahang tampil kesebelasan terbaik

Loading...
Pahang tampil kesebelasan terbaik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang tampil kesebelasan terbaik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang tampil kesebelasan terbaik
link : Pahang tampil kesebelasan terbaik

Baca juga


Pahang tampil kesebelasan terbaik



Jumaat, 27 Oktober 2017 | 4:55pm
Pemain Pahang meraikan jaringan ketika aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur. - Foto Farizul Hafiz Awang
Pahang tampil kesebelasan terbaik
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
 
KUANTAN: Hanya kesebelasan terbaik akan diturunkan skuad Pahang bagi melayan kunjungan Perak pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.

Penolong jurulatih Ahmad Shaharuddin Rosdi berkata, empat pemain import Matheus Alves, Yamil Romero, Mohamadou Sumareh dan Heo Jae Won berkemungkinan besar turut tersenarai untuk aksi itu.

"Selaku tuan rumah, perlawanan penutup tirai (Liga Super) musim ini lebih kepada untuk kepuasan penyokong setia kami... mereka pasti mahu kami menang dan itu yang kami akan cuba lakukan.

"Saya minta semua pemain yang disenaraikan untuk aksi (malam esok) menggunakan peluang itu untuk mempamerkan aksi terbaik dan mengutip tiga mata," katanya.

AKSI pemain Pahang, Matheus Alves (tengah) diasak pemain Perak, Thiago Juino De Aquino (kiri) pada saingan suku akhir pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. baru-baru ini. - Foto Farizul Hafiz Awang

Berdasarkan pencapaian musim ini, skuad Tok Gajah muncul naib juara Piala FA selepas tewas kepada Kedah pada aksi final piala berprestij itu.

Bagi saingan Piala Malaysia pula, skuad kendalian Dollah Salleh terkandas pada suku akhir selepas tewas kepada Perak.

Shaharuddin berkata, penamat terbaik di tangga kedua Liga Super tetap pencapaian membanggakan selepas gagal bersaing dan hampir tersingkir ke Liga Perdana musim lalu.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 27 Oktober 2017 | 4:55pm


Thus Article Pahang tampil kesebelasan terbaik

Itulah artikel Pahang tampil kesebelasan terbaik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang tampil kesebelasan terbaik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/pahang-tampil-kesebelasan-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang tampil kesebelasan terbaik"

Catat Ulasan

Loading...