Loading...

PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov

Loading...
PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov
link : PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov

Baca juga


PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov

MALAYSIAKINI
 
 


Pemuda PAS Kelantan menafikan tindakannya memasang bendera di kawasan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor, Kota Bharu malam tadi bagi melakukan provokasi terhadap Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sebaliknya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri, Nazman Che Iberahim berkata pihaknya hanya mahu menyampaikan mesej kepada AMANAH supaya mengosongkan bangunan tersebut selewat-lewatnya 16 November depan.

Beliau juga mendakwa AMANAH cuba mengingkari notis tersebut apabila bercadang mengadakan program pelancaran jentera pilihan raya parti itu bulan depan di wisma berkenaan.

"Notis pengosongan telah dikeluarkan pada 15 Oktober lalu. Mereka tiada alasan untuk ingkar kerana jelas tanah dan bangunan tersebut adalah milik PAS.

"Jadi apabila kita meletakkan bendera di kawasan wisma itu ia adalah satu petanda bahawa dengan apa cara sekalipun pada 16 November depan, kita tidak mahu lagi melihat kelibat AMANAH," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan berlaku ketegangan membabitkan penyokong PAS dan AMANAH berhubung isu perebutan premis tersebut malam tadi.

Isu mengenainya sebelum ini mula ditimbulkan oleh ADUN Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mendakwa tapak tanah dan bangunan berkenaan adalah milik kerajaan negeri.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang mendakwa beliau diberi kebenaran oleh ADUN terdahulu, Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim untuk menggunakan tapak itu melalui satu notis.

Kemelut perebutan itu kembali rancak sejak pertengahan bulan ini selepas AMANAH Kelantan dikatakan menerima notis daripada seorang ahli PAS yang dikatakan pemilik baru tanah bangunan tersebut.

Difahamkan, tanah milik balu kepada Rosli itu telah dijual kepada PAS menerusi ahli berkenaan dengan harga RM700,000.

Husam yang juga penasihat AMANAH Kelantan menegaskan beliau akan mencabar arahan mengosongkan bangunan berkenaan dengan memfailkan kes itu ke mahkamah.



Thus Article PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov

Itulah artikel PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/pas-mahu-amanah-kosongkan-wisma-tok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS mahu AMANAH kosongkan Wisma Tok Guru sebelum 16 Nov"

Catat Ulasan

Loading...