Loading...

Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa

Loading...
Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa
link : Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa

Baca juga


Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa

 
Saintis politik, Marzuki Mohamad berkata, Najib mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mengubah keadaan, tetapi beliau mungkin kesuntukan masa.


Putrajaya-BN

PETALING JAYA: Seorang saintis politik memberi amaran Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dapat mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana masih kekurangan jumlah kerusi selamat yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah.

Prof Marzuki Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, BN akan kekal sebagai parti pemerintah jika mereka memenangi 100 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Melainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat menjadikan baki kerusi itu sebagai kerusi selamat untuk BN, mengadakan pilihan raya umum sekarang agak berisiko untuk beliau,” katanya dalam analisis yang dipetik New Mandala hari ini.

Marzuki berkata, secara realistiknya, Umno hanya berpeluang memenangi 57 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, sedangkan 70 daripada kerusi itu adalah kawasan bermajoriti Melayu, di mana 70% daripada pengundi ialah orang Melayu.

Beliau berkata, 8 daripada kerusi Parlimen itu terletak di Kedah yang merupakan kubu kuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala sekurang-kurangnya 5 kerusi lain mempunyai pengaruh kuat PAS.

Katanya, sokongan pengundi bukan Melayu untuk BN sangat rendah sejak PRU13, di mana tinjauan terbaru menunjukkan tiada peningkatan sokongan bukan Melayu untuk kerajaan.

Marzuki berkata, terdapat 47 kerusi Parlimen di kawasan bermajoriti Melayu kecil di Semenanjung, di mana lebih 30% ialah pengundi bukan Melayu.

“Pengaruh PAS di kawasan ini sangat kecil dan mungkin tidak memberi banyak kesan kepada perpecahan undi Melayu.

“Di kawasan inilah PH cuba tembusi dan memberi cabaran serius kepada BN. Sesetengah kerusi Parlimen di kawasan ini sudah berada di tangan PH.”

Katanya, terdapat 48 kawasan bermajoriti bukan Melayu di Semenanjung yang boleh dianggap kerusi selamat buat pembangkang.

Beliau berkata, BN hanya mempunyai baki 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang merupakan “deposit tetap” parti itu.

Bagaimanapun, katanya, 9 daripada kerusi itu kini dipegang pembangkang, dengan 5 lagi terletak di pantai timur Sabah yang cuba dikuasai Parti Warisan Sabah.

“Kerusi ini bukan lagi kerusi selamat untuk BN. Jadi, daripada 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, hanya 43 kerusi dianggap selamat untuk BN.”

Marzuki berkata, kemenangan BN pada PRU lalu disebabkan kemampuannya membangunkan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik.

Bagaimanapun, katanya, “keadaan ekonomi sekarang tidak kelihatan baik” susulan kenaikan kos sara hidup, pemansuhan subsidi untuk barangan penting, kadar inflasi disebabkan ringgit yang lemah serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Beliau menjangkakan Bajet 2018 yang bakal dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini tidak dapat memberi banyak ruang kepada Najib untuk mencipta faktor “feel good” kerana “dana kerajaan semakin berkurangan, tanggungan besar dan masih perlu mengurangkan defisit bajet”.

Ini di samping skandal 1MDB yang menurut Marzuki, memberi kesan buruk kepada populariti Najib.
“Berdasarkan situasi ini, Najib mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mengubah keadaan.
“Tetapi, masa mungkin tidak menyebelahinya,” katanya



Thus Article Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa

Itulah artikel Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/penganalisis-bn-mungkin-tak-cukup.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penganalisis: BN mungkin tak cukup kerusi selamat untuk kekal berkuasa"

Catat Ulasan

Loading...