Loading...

Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata

Loading...
Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata
link : Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata

Baca juga


Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata


Pengurus Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mendedahkan pengorbanan dan usaha penyanyi tersohor negara itu selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata.

Menerusi entri terbaharu di laman Instagram (IG) miliknya, Rozi memberitahu Siti tidak pernah berputus asa menjalani rawatan kesuburan.

Rozi yang juga akak ipar penyanyi tersebut memberitahu rawatan kesuburan itu menyebabkan saiz badan Siti berbeza atau lebih besar selepas kahwin.

Pun begitu, Siti tidak pernah putus asa kerana dia akan cuba diet dan melakukan senaman untuk kekalkan tubuh badan yang menarik setiap kali perlu tampil dalam persembahan nyanyian dan sebagainya.

Menurut Rozi lagi, selesai sahaja memenuhi undangan nyanyian dia akan kembali menjalani rawatan kesuburan dan ia berulang sehingga 11 tahun lamanya.


Berikut merupakan perkongsian penuh Rozi mengenai Siti:

"Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti 'pantang' bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.

"Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.

"Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh 'google' jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.

"Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.

"Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih 'presentable' di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.

"Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa. 

Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya," tulisnya

Entri tersebut mendapat perhatian peminat Siti yang rata-rata mendoakan agar proses kehamilan penyanyi itu dan kelahiran bayinya dipermudahkan.

Siti yang juga isteri kepada Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa telah mengumumkan kehamilannya dan kandungannya yang berusia empat bulan pada Jumaat lalu.

Sumber: Astro Gempak!


Thus Article Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata

Itulah artikel Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/pengurus-dedah-kisah-pengorbanan-siti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengurus Dedah Kisah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Mahu Menimang Cahaya Mata"

Catat Ulasan

Loading...