Loading...

Penyudah B23 masih tumpul

Loading...
Penyudah B23 masih tumpul - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyudah B23 masih tumpul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penyudah B23 masih tumpul
link : Penyudah B23 masih tumpul

Baca juga


Penyudah B23 masih tumpul



ARKIB : 24/11/2007

PETALING JAYA - Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia yang bakal ke Sukan SEA Korat, bulan depan, terus dirundung masalah ketumpulan penyudah apabila sekadar menang tipis 1-0 ke atas pasukan Liga Perdana, PKNS di Padang PKNS, Kelana Jaya, semalam.

Anak buah B. Sathianathan yang beroleh gol tunggal menerusi Bobby Gonzalez pada minit ke-84, sekali lagi bermain hambar sehingga mensia-siakan tidak kurang lima peluang jaringan termasuk menerusi gandingan utama, Safee Sali dan Zaquan Adha Radzak.

Bobby, pemain gantian dari Sabah, menyudahi umpanan Norshahrul Idlan Talaha yang mencipta gerakan menarik dengan menggelecek dua benteng PKNS yang diketuai bekas pemain kebangsaan, K. Sanbagamaran, sebelum menolak mudah ke gawang dari sebelah kiri.

Perlawanan persahabatan ini merupakan yang ketiga buat Malaysia menjelang temasya dwitahunan ke-24 itu selepas seri 1-1 dengan skuad sebaya Thailand di Bangkok dan kalah 1-0 kepada skuad kebangsaan Maldives biarpun menguasai perlawanan di Stadium Petaling Jaya.

Skuad Sukan SEA Indonesia yang menganggotai Kumpulan A Sukan SEA, bakal menjadi ujian terakhir Malaysia di Stadium Kuala Lumpur, Isnin ini sebelum berlepas ke Korat dengan 20 pemain terbaik untuk menghadapi lawan sulung dalam Kumpulan B, Vietnam pada 1 Disember ini.

Sathianathan berkata, PKNS yang menggantikan skuad Olimpik Bostwana bagi perlawanan persahabatan Rabu lalu, tetap memberikan ujian getir kepada anak buahnya walaupun keputusan perlawanan kurang memuaskannya terutama dari segi penyudahan Zaquan dan Safee.

“Saya perlukan dua hari lagi untuk menamakan skuad dan setakat ini saya mempunyai 22 yang terbaik daripada 28 pelatih dengan salah satunya yang bakal digugurkan ialah penjaga gol (di antara Syed Adney Syed Hussein, Nasril Nourdin dan Farizal Marlias,” katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2hOtfVp
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Penyudah B23 masih tumpul

Itulah artikel Penyudah B23 masih tumpul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penyudah B23 masih tumpul dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/penyudah-b23-masih-tumpul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyudah B23 masih tumpul"

Catat Ulasan

Loading...