Loading...

Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi

Loading...
Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi
link : Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi

Baca juga


Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi

 
Ahli urusetia "Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi", Lim Yi Wei, mungkin berdepan pendakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman.


Lim Yi Wei (kanan) dan peguam bercakap kepada pemberita selepas polis merakam keterangannya.
Lim Yi Wei (kanan) dan peguam bercakap kepada pemberita selepas polis merakam keterangannya.


PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini diambil keterangan berhubung pembabitan beliau dalam tunjuk perasaan anti-kleptokrasi Sabtu lalu.

Ahli urusetia “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi”, Lim Yi Wei, kini berdepan kemungkinan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Lim bagaimanapun tidak pasti mengapa beliau dipanggil polis, tanpa memberitahu butiran pertemuannya selama 45 minit dengan pihak berkuasa.

Beliau juga tidak pasti apabila ditanya sama ada beliau akan didakwa di bawah akta itu.

“Saya harap tidak kerana itu seperti intimidasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui balai polis.
 Peguamnya, Vince Tan, berkata beliau menjangkakan anak guamnya akan didakwa kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Beliau turut terkejut Lim dipanggil untuk disoal.

“”Ia agak tiba-tiba. Perhimpunan itu hanya 2 hari lalu,” katanya.

Beberapa hari sebelum himpunan pada 14 Oktober itu, polis berikrar akan mengambil “tindakan sewajarnya” terhadap penganjur sekiranya mereka mengadakan tunjuk perasaan di Padang Timur di Petaling Jaya, tanpa izin.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata himpunan itu tidak boleh diadakan di kawasan itu kerana penduduk setempat membantah penganjurannya.

Kenyataan Noor Rashid itu dibuat sehari selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun menasihatkan penganjur supaya mengadakan acara itu di Stadium Kelana Jaya.

Himpunan itu menampilkan pimpinan pembangkang, termasuk pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan ribuan hadirin.



Thus Article Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi

Itulah artikel Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/polis-rakam-keterangan-penganjur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi"

Catat Ulasan

Loading...