Loading...

Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan

Loading...
Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan
link : Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan

Baca juga


Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan



ARKIB : 25/01/2008

Oleh: SAYED HESHAM IDRIS

PETALING JAYA - Jurulatih negara, B. Sathianathan mempertaruhkan gandingan pemain muda dan senior dalam senarai pelatih pasukan bola sepak kebangsaan bagi persediaan untuk menghadapi kejohanan pada tahun ini.

Antara pemain muda yang dipanggil melaporkan diri di kem latihan pusat selama empat hari pada awal bulan depan ialah skuad ke Sukan SEA Korat bulan lalu, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak, Mohd. Zaquan Adha, Syed Adney Syed Hussein, Mohd. Nasriq Baharom, Mohd. Khyril Muhymeen, Safiq Rahim, Norsharul Idlan Talaha, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Faisal Marlias.

Mereka bakal digandingkan dengan pemain senior Indraputra Mahayuddin, Shukor Adan, Mohd. Safee Sali, P. Gunalan, K. Nanthakumar, Norhafiz Zamani Misbah dan Chan Wing Hong.

Mengulas pemilihan itu, Sathianathan berkata, ramuan itu merupakan 'resipi' baru dalam usaha menyuntik semangat baru skuad negara.

''Kita mahu memperbesarkan pilihan pemain dan tidak terhad hanya kepada senior sedia ada.

''Apa yang lebih penting para pemain baru ini dapat menimba pengalaman dan pendedahan di kejohanan besar.

''Pemilihan mereka untuk ke kem latihan kebangsaan adalah berdasarkan prestasi semasa dalam saingan liga tempatan. Sejauh mana keserasian gandingan baru dan lama ini berkesan untuk mengubah nasib skuad negara akan terjawab pada tiga kejohanan yang kita sasarkan iaitu Kejohanan Piala Merdeka pada Ogos ini, kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Sukan SEA 2009 di Laos,'' katanya pada sidang akhbar selepas undian pusingan pertama Piala FA di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (AFF), semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad.

Senarai pelatih:

Indraputra Mahayuddin, Shukor Adan, Mohd. Safee Sali, Mohd. Amirulhadi Zainal, Mohd. Razman Roslan, P. Gunalan, Chan Wing Hong, K. Nanthakumar, Norhafiz Zamani Misbah, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Sharil Faisal Ahmad Sharifuddin, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak, Zairo Anuar Jailani, Eddy Helmy Manan, Mohd. Helmi Eliza Elias, Mohd. Khyril Muhymeen, Syed Adney Syed Hussein, Mohd. Nasriq Baharom, Safiq Rahim, S. Subramaniam, Norsharul Idlan Talaha, Azamuddin Mohd. Akil, Zamri Chin, Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Farizal Marlias, Sumardi Halajan, Chun Keng Hong, R. Surendran, Bunyamin Omar, S. Kunalan, Baddrol Baktiar, Shahurain Abu Samah dan Mohd. Farizal Harun.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2i9tJWw
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan

Itulah artikel Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/ramuan-baru-dan-lama-taruhan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ramuan 'baru dan lama' taruhan Sathianathan"

Catat Ulasan

Loading...