Loading...

Sathia lega gandingan ZS

Loading...
Sathia lega gandingan ZS - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sathia lega gandingan ZS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sathia lega gandingan ZS
link : Sathia lega gandingan ZS

Baca juga


Sathia lega gandingan ZS



ARKIB : 09/10/2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Jurulatih skuad bola sepak negara, B. Sathianathan pasti menarik nafas lega dengan peningkatan ketajaman sentuhan penyerangnya, Zaquan Adha Radzak dan Safee Sali (ZS) selepas tiga perlawanan persahabatan di Perth, Australia sejak minggu lalu.

Masing-masing sudah menyumbat satu gol ketika kalah 3-1 dan menewaskan Perth Soccer 1-0 pada 2 Oktober dan kelmarin sekali gus menjanjikan ancaman buat Bahrain yang ditentang dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2010.

Menurut Sathianathan, Zaquan melakukan penyudah cantik hasil silangan Amirulhadi Zainal ketika membawa Malaysia mendahului Perth Soccer 1-0 dalam perlawanan sulung manakala Safee pantas menghidu umpanan rakannya itu daripada sepakan percuma Azi Shahril Azmi, kelmarin.

“Kini tugas saya ialah cuma meningkatkan tahap kemampuan penyerang simpanan seperti Samransak Kram dan Zambri Chin sebagai persediaan jika berlaku apa-apa pada Zafuan atau Safee,” katanya yang bakal menghadapi Bahrain pada 21 Oktober di Manama dan 28 Oktober ini.

Skuad negara yang berwajah baru dengan kebanyakannya dibarisi pemain bawah 23 Tahun, mengukir kemenangan sulung dalam siri persahabatan di Stadium Dorrean Gardens itu selepas seri tanpa jaringan dengan Ashfield, Jumaat lalu.

Mereka akan menentang Floreat Athena dalam perlawanan persahabatan terakhir hari ini sebelum kembali menyambung kem latihan di tanah air menjelang kelayakan dengan Bahrain yang menewaskan Singapura 3-1 dalam persahabatan di Manama, Khamis lalu.

Sathianathan turut mengingatkan anak buahnya terutama barisan benteng negara, Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan Radzak dengan kehadiran pemain import terbaru Bahrain kelahiran Nigeria, Jaycee John Akwani yang mencipta hatrik ke atas Singapura.

“Bahrain pasti akan menggunakan kelebihannya tetapi tanpa pemain itu pun, lawan tetap antara pasukan handalan Asia yang perlu kita hormati. Namun misi kita tetap akan cuba menyulitkan laluan mereka,” katanya mengenai peluang anak buahnya.

Sehingga kini, cuma Kuwait dan Indonesia yang mara secara automatik ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia selepas lawan masing-masing, Bhutan dan Guam menarik diri daripada pusingan pertama yang dibuka tirainya semalam.

Lima pasukan Asia dalam Piala Dunia 2006 yang mendapat laluan percuma ke pusingan ketiga kali ini ialah Australia, Korea Selatan, Arab Saudi, Jepun dan Iran.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2yt82Kb
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Sathia lega gandingan ZS

Itulah artikel Sathia lega gandingan ZS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sathia lega gandingan ZS dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/sathia-lega-gandingan-zs.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sathia lega gandingan ZS"

Catat Ulasan

Loading...