Loading...

Sathia tumpu Piala ASEAN

Loading...
Sathia tumpu Piala ASEAN - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sathia tumpu Piala ASEAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sathia tumpu Piala ASEAN
link : Sathia tumpu Piala ASEAN

Baca juga


Sathia tumpu Piala ASEAN



ARKIB : 18/12/2007

KUALA LUMPUR – Selepas gagal membawa Malaysia layak ke separuh akhir Sukan SEA di Korat, tumpuan jurulatih bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan kini beralih kepada Piala ASEAN 2008.

Menurut Sathianathan, kegagalan Malaysia di Korat memang mengecewakan, namun ia bukan mutlak dan beliau percaya, jurang antara pemenang dan pasukan yang kalah masih boleh diterima.

‘‘Saya tidak fikir ada yang meragukan dengan komitmen pemain kerana mereka telah memberi 100 peratus apabila beraksi dan telah mencurah segala yang termampu dalam setiap perlawanan. Yang kita tidak ada cuma tuah.

‘‘Kami semua amat kecewa apabila gagal meneruskan kemaraan tetapi saya percaya, apa yang lebih penting adalah memperbaiki permainan untuk menghadapi kejohanan seterusnya, sekali gus mengulangi kejayaan Pesta Bola Merdeka.

‘‘Sudah tentu kami akan melakukan beberapa perubahan apabila beraksi pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN tahun depan, di mana fokus juga harus lebih baik berbanding yang dipertontonkan pada Sukan SEA,’’ kata Sathianathan dalam laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), www.fam.org.my, semalam.

Bagaimanapun, Sathianathan mengakui, antara masalah utama Malaysia dalam kempen Sukan SEA lalu adalah kegagalan menggunakan khidmat tonggak pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dalam dua perlawanan pertama.

Aidil, 20, hanya diturunkan pada pertemuan terakhir Kumpulan B, menentang Singapura selepas digantung dua perlawanan kerana menerima kad merah pada kelayakan Piala Dunia.

Meski pun kembali mendapat sentuhan Aidil, jentera serangan skuad negara pula tumpul pada perlawanan terakhir selepas adik kembar Aidil dan penyerang utama negara, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak tidak dapat diturunkan.

Malaysia kalah 1-3 kepada Vietnam, sebelum membenam Laos 4-0 dan seri 1-1 dengan Singapura.

‘‘Masalah kami tiba pada masa yang tidak kena, apa pun saya percaya pemain-pemain kami telah memperoleh pengalaman yang berguna di Sukan SEA.

‘‘Saya harap pengalaman itu dapat membantu pasukan untuk mengharungi kempen yang lebih mantap pada Piala ASEAN, malah saya juga berharap kami akan mendapat undian yang baik.

‘‘Kami memerlukan beberapa perlawanan berkualiti untuk menyiapkan pasukan menjelang Piala ASEAN,’’ kata Sathianathan lagi.

Lokasi Piala ASEAN 2008 belum diputuskan selepas Singapura dan Thailand sebelum ini menarik diri daripada menjadi calon tuan rumah.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2gUbGDV
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Sathia tumpu Piala ASEAN

Itulah artikel Sathia tumpu Piala ASEAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sathia tumpu Piala ASEAN dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/sathia-tumpu-piala-asean.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sathia tumpu Piala ASEAN"

Catat Ulasan

Loading...