Loading...
Tajuk : Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama
link : Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama
Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama
ARKIB : 30/08/2007
SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah semalam mengumumkan pelantikan B. Sathianathan sebagai jurulatih kebangsaan selepas kejayaannya membawa skuad bola sepak negara muncul juara Pestabola Merdeka.
Menurut baginda, pelantikan itu berkuat kuasa serta merta bagi menggantikan Norizan Bakar yang tamat kontraknya pada 1 September ini.
“Majlis FAM telah bersetuju sebulat suara melantik Sathianathan dan tugas utamanya selepas ini adalah untuk membimbing skuad kebangsaan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Bahrain bulan depan.
“Saya percaya, apa yang pemain pamerkan ketika menewaskan Myanmar malam ini membuktikan kita mampu bersaing” ujar baginda.
Baginda juga berkata, bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia, terpulanglah kepada Sathianathan untuk menentukan barisan pemain yang dimahukannya.
“FAM akan memberi kebebasan penuh kepada Sathia untuk memenuhi apa sahaja yang diminta untuk persiapan pasukan yang lebih mantap,” tegasnya.
Sementara itu, Sathianathan berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menerima atau tidak pelantikan sebagai jurulatih kebangsaan itu.
“Saya akan berehat selama empat hari dan dalam tempoh itu akan fikirkan tawaran tersebut sebaik-baiknya,” ujarnya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2xGICKr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama
Itulah artikel Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/sathianathan-dilantik-jurulatih-skuad.html
0 Response to "Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama"
Catat Ulasan