Loading...

Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana

Loading...
Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana
link : Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana

Baca juga


Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana


Hasrat Nurul Farhana Ahmad, 25, untuk pulang ke tanah air tercapai, selepas beliau dipercayai menghilangkan diri bersama seorang lelaki warga Indonesia lebih setahun lalu.

Nurul berjaya dibawa pulang hasil usaha Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Zohdi dengan bantuan konsulat dan pihak berkuasa Malaysia.

Menurut Budiman, Farhana membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan hidup sebatang kara di Medan, Indonesia selepas ditinggalkan bersama anak lelaki hasil perkahwinannya dengan lelaki itu yang berusia 1 tahun 3 bulan.


“Suaminya telah menghilangkan diri. Kehidupan dia sangat teruk. Dia tinggal bersama anak dan saudara suaminya di kampung yang daif dan serba kekurangan di Batu Bara,” katanya kepada pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 hari ini.

“Kami dapat berhubung dengan ketua kampung di sana dan berjaya membawa beliau pulang. Malah, kita berjaya mengurus halangan imigresen terhadap anak Nurul Farhana.

“Tiada halangan yang serius. Dalam masa 2 minggu kita berjaya menguruskan kedua-dua mereka untuk pulang berkat bantuan pegawai kedutaan Malaysia.”


Nurul menghilangkan diri selama lebih setahun dan dikesan berada di Medan sejak 1 bulan lalu.

Pada 13 Oktober lepas, Budiman bersama keluarga Nurul membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa membantu mengesan Nurul dan membawa pulang gadis itu.

“Saya boleh katakan ini melibatkan konflik keluarga, yang menyebabkan dia ke Medan. Mungkin dia fikir ada sinar untuk dia di sana tapi apabila dia berada disana, perkara itu berlaku sebaliknya.”

Ibu Nurul, Normah Yusof, 51, ketika ditemui pemberita berkata pihak keluarga bertungkus lumus mencari Nurul sehinggalah gadis itu menghubungi mereka sebulan lalu.

“Saya rasa amat gembira bila dapat tahu anak saya nak balik Malaysia. Tidak boleh nak gambarkan rasa gembira saya dan keluarga,” katanya sambil menitiskan air mata.

“Nurul telefon saya, beritahu dia nak pulang. Saya beritahu ‘bagaimana mak nak tolong, mak pun tak ada duit’. Makcik cuba mohon pertolongan Budiman,” katanya.

Sementara itu, Nurul Farhana ingin melupakan “sejarah hitam” di Indonesia dan membina kehidupan baharu bersama keluarganya.

“Saya mahu bina kehidupan baru bersama keluarga di sini dan melupakan sejarah hitam yang berlaku kepada saya sebelum ini,” Katanya.

Sumber: Eberita


Thus Article Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana

Itulah artikel Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/saya-dengan-anak-hidup-terseksa-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya Dengan Anak Hidup Terseksa Di Indonesia – Nurul Farhana"

Catat Ulasan

Loading...