Loading...
Tajuk : Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri
link : Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri
Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri
Isteri kepada anggota polis trafik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan dekat Teluk Kalong, Chukai memberitahu bahawa suaminya sempat menghubunginya untuk memaklumkan dia akan pulang ke rumah kira-kira dua jam sebelum kemalangan berlaku.
“Suami ada hubungi saya memaklumkan dia akan sampai ke rumah dalam masa satu jam dan ketika itu dia juga beritahu berasa sangat letih sepanjang mengikuti latihan itu," kata Zarina Abdul Rahman, 37, isteri Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, salah seorang mangsa yang maut dirempuh oleh sebuah lori yang memasuki laluan konvoi.
Selain Abdul Hakim yang merupakan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, turut terlibat dalam kemalangan itu ialah rakan setugasnya, Koperal I Suresh, 36.
Menurut Zarina, kejadian itu berlaku ketika suaminya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Rajawali di Pulau Serai, Dungun selepas menyertai latihan menunggang jarak jauh motosikal berkuasa tinggi itu sejak Selasa lalu.
"Dia hubungi saya pada 1.30 petang ketika berada di Sungai Ular, Kuantan dan saya memintanya menunggang dengan berhati-hati. Dia juga memaklumkan kena bertugas esok di Arena Merdeka, Dungun sebagai persiapan menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang akan merasmikan satu program besar di situ pada Sabtu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman.
Jelas Zarina, dia meminta suaminya segera pulang ke rumah untuk berehat kerana bimbangkan Abdul Hakim yang menghidap penyakit kencing manis sebelum dia dimaklumkan tentang kejadian menimpa suaminya kira-kira pukul 3 petang .
"Hasil perkahwinan saya dengan arwah, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia tiga hingga sembilan tahun.
"Arwah yang pernah berkahwin sebelum bernikah dengan saya, mempunyai empat anak berusia 18 hingga 31 tahun," katanya.
Sementara itu, Winney Suley Buan, 33, isteri kepada salah seorang anggota yang terlibat dalam kemalangan ini, Suresh berkata, mendiang suaminya kerap menghantar WhatsApp dan memaklumkan merinduinya.
"Saya agak pelik dengan tindakannya itu kerana sebelum ini walaupun pernah berkursus lama tetapi tidak menghantar pesanan begitu, " ujarnya.
Menurut Winney, dia menerima mesej rindu terakhir yang di hantar suaminya ketika mereka berhenti makan di Sungai Ular sebelum maut dalam kemalangan dua jam kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
"Kita juga menahan pemandu dan kelindan lori berkenaan untuk siasatan lanjut serta menjalani ujian saringan air kencing, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Jenazah Abdul Hakim akan dikebumikan di Kampung Seberang Pintasan, Dungun manakala mendiang Suresh pula dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Gelam Kecik di Tumpat, Kelantan.
Sumber: Siakapkeli
Thus Article Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri
Itulah artikel Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/saya-pelik-sebab-sebelum-balik-dia-tak.html
0 Response to "Saya Pelik Sebab Sebelum Balik Dia Tak Henti Hantar Mesej Kata Rindu - Isteri"
Catat Ulasan