Loading...
Tajuk : "Saya Tidak Kisah Jarak Umur Dan Rupa, Yang Penting Hati"
link : "Saya Tidak Kisah Jarak Umur Dan Rupa, Yang Penting Hati"
"Saya Tidak Kisah Jarak Umur Dan Rupa, Yang Penting Hati"
Kebelakangan ini hangat orang memperkatakan mengenai wajah kacak pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli. Tetapi apa yang menariknya, Iqbal mengakui dirinya selesa meluangkan masa dengan usahawan terbabit hinggakan tidak kisah andai berkahwin dengan Vida.
“Saya akui, kami serasi bersama dan sekiranya dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak, saya akan teruskan bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya”
“Seandainya saya ada hati dan perasaan dengannya, biarlah, kerana pada saya itu tidak boleh dipaksa atau dinafikan. Apa yang penting saya tahu dengan amanah yang diberikan termasuk membantu dalam perniagaannya”
Pun begitu, Iqbal akui sedih dengan tanggapan sesetengah pihak yang menganggap dirinya sebagai ‘anak ikan’ sehingga sanggup berniat mengahwini wanita itu. Tetapi baginya jarak umur 22 tahun diantara mereka tidak menjadi soal besar kerana hati adalah lebih penting.
“Kalau hati betul-betul suka kami akan bincang untuk berkahwin, bukan jadi anak ikan kerana berkahwin itu halal, tetapi saya tetap kena berfikir panjang mengenai tohmahan yang akan diberikan. Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras”
“Pada saya, perbezaan usia antara saya dan DSV (22 tahun) tidak menjadi penghalang kerana yang penting adalah hati. Rupa pun bukan kerana ia hanya sementara. Dia mempunyai wawasan hidup yang jelas,” jelasnya kepada portal Malaysian Digest.
Sumber: ROTIKAYA
Thus Article "Saya Tidak Kisah Jarak Umur Dan Rupa, Yang Penting Hati"
Itulah artikel "Saya Tidak Kisah Jarak Umur Dan Rupa, Yang Penting Hati" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel "Saya Tidak Kisah Jarak Umur Dan Rupa, Yang Penting Hati" dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/saya-tidak-kisah-jarak-umur-dan-rupa.html
0 Response to ""Saya Tidak Kisah Jarak Umur Dan Rupa, Yang Penting Hati""
Catat Ulasan