Loading...
Tajuk : Skuad B20 naib juara AFF
link : Skuad B20 naib juara AFF
Skuad B20 naib juara AFF
ARKIB : 10/08/2007
KUALA LUMPUR – Jaringan tunggal Vietnam dalam babak pertama menghancurkan harapan Malaysia untuk bergelar juara Kejohanan Belia Bawah 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Ho Chi Minh, semalam.
Hanya nasib dan sokongan padu penonton tuan rumah menafikan hajat skuad bimbingan K. Rajagopal yang keluar selaku naib juara biarpun menguasai perlawanan di Kompleks Sukan Thanh Long itu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Redzuan Sheikh Ahmad ketika bercakap kepada Utusan Malaysia berkata, skuad negara mempamerkan persembahan bertenaga menerusi banyak percubaan berbahaya ke gawang lawan.
‘‘Sekalipun kalah, kemaraan ke perlawanan akhir dengan mengejutkan Thailand pada separuh akhir sudah dikira satu pencapaian membanggakan,” katanya.
Malaysia mengejutkan Thailand 2-1, Selasa lalu sebelum melepasi Kumpulan A sebagai naib juara dengan tewas kepada Myanmar 1-2 tetapi menundukkan Singapura 3-0 dan membelasah Laos 7-3.
sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2z4s0Zo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Skuad B20 naib juara AFF
Itulah artikel Skuad B20 naib juara AFF Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Skuad B20 naib juara AFF dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/skuad-b20-naib-juara-aff.html
0 Response to "Skuad B20 naib juara AFF"
Catat Ulasan