Loading...

Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar…

Loading...
Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar… - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar…
link : Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar…

Baca juga


Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar…


Pada perlawanan kelayakkan Piala Asia antara Malaysia menentang Hong Kong tempoh hari, Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada prestasi semasa skuad Malaysia selepas tewas 2-0.

Mereka tujukannya kepada FAM dengan chant ‘FAM Bangsat’ bergema di Stadium Hong Kong.


Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau mendengar chant tersebut, dan reaksinya tetap steady.

“Macam semalam, Ultras Malaya mula menyanyikan lagu FAM bangsat. It’s ok, no problem!”
“Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.”

“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik.”

Namun, di sebalik sikap profesional itu TMJ berkata beliau ingin berjumpa dengan individu terbabit yang dirujuknya sebagai ‘bertopi merah’ dan dilihat mengetuai nyanyian itu.

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain. Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagu tu, tiada masalah!”

Hasil carian mendapati, lelaki bertopi merah yang TMJ mahu jumpa itu adalah komrad Ultras Malaya (UM07). Lelaki itu dikenali sebagai ‘Lekir’ atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Haji Ahmad. Berusia 38 tahun dan beralamat di Seremban, Negeri Sembilan.


Individu inilah bertanggungjawab mengetuai setiap nyanyian ‘chant’ oleh Ultras Malaya dalam perlawanan membabitkan pasukan negara.


Sebelum ini, pengasas asal UM (Ultras Malaya) yang dikenali sebagai Fredy, mengundur diri dari tampuk pengurusan UM07 untuk memberi ruang kepada Lekir.

Setiap ucapannya dipenuhi dengan laungan semangat kepada pemain dan juga penyokong setia Harimau Malaya.

Juga merupakan penyokong setia pasukan Melaka United.


Pernah berjumpa dengan Tunku Ismail, yang mana ketika itu TMJ masih belum lagi memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Lekir mempunyai rekod kurang baik kerana lantang menyuarakan ketidakpuasan hati penyokong terhadap FAM. Pada September 2015, dia bersama 13 lagi individu pernah diburu oleh pihak polis kerana melakukan kekecohan sewaktu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam.

Membaling suar dan bom asap ke padang mengakibatkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88 ketika pelawat sedang mendahului 2-1.

Akibatnya, Malaysia didenda oleh FIFA sebanyak RM180K dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi.

Sumber: infokini.my


Thus Article Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar…

Itulah artikel Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar… dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/sound-fam-bangsat-identiti-lelaki-topi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sound “FAM Bangsat”, Identiti Lelaki ‘Topi Merah’ Akhirnya Terbongkar…"

Catat Ulasan

Loading...