Loading...

Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon

Loading...
Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon
link : Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon

Baca juga


Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon



ARKIB : 04/07/2007

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kedua, Suffian Abdul Rahman tetap menjanjikan prestasi dan persediaan yang terbaik sekalipun posisi utama masih menjadi milik Azizon Kadir apabila Malaysia menentang China dalam perlawanan pertama Kumpulan C pusingan akhir bola sepak Piala Asia, Selasa ini.

Penjaga gol Telekom kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini turut beranggapan bahawa sebarang pemilihan oleh ketua jurulatih Norizan Bakar tetap dibuat demi kepentingan negara apatah lagi dia hanya mula menyertai kem latihan sejak Mei lalu.

“(Selepas ketiadaan Syamsuri Mustafa akibat digantung tiga bulan oleh Terengganu sejak 1 Mei lalu), saya mula dipanggil menyertai kunjungan ke Australia biarpun kali pertama mewakili negara ketika di bawah jurulatih Bertalan Bicskei bagi Piala Tiger 2004-2005,” katanya.

Kata Suffian, penampilannya dengan skuad negara agak tidak menentu sejak itu kerana kerap bersaing dengan Syamsuri selain akibat kecederaan ligamen silang depan (ACL) lutut sehingga terpaksa menjalani pembedahan dan berehat selama enam bulan pada 2005.

“Saya berlaga dengan Yusri Che Lah ketika mewakili Telekom dalam perlawanan Liga Super,” katanya yang bermain sepenuh masa dalam perlawanan persahabatan ketiga di Australia dengan Bankstown yang menyaksikan skuad bimbingan Norizan tewas 1-0.

Bagaimanapun kata Suffian, agak sukar untuk membuktikan kemampuan sebenar dan memikat Norizan dengan aksi yang meyakinkan kerana tidak banyak percubaan berbahaya dibuat oleh Bankstown - sebuah kelab yang dikatakan diwakili pemain sambilan dan pendatang asing.

“Saya juga hanya diuji sekali oleh Kemboja biarpun berpeluang bermain selama 25 minit dalam babak kedua ketika Malaysia menang 6-0 (di Stadium Shah Alam),” katanya yang turut dicabar oleh Syed Adney Syed Hussain sebelum penjaga gol skuad Olimpik itu tercedera buku lali di Pulau Pinang, Mei lalu.

Tanpa penjaga gol muda kelahiran Liverpool itu yang terpaksa menarik diri, skuad negara memanggil Nasril Nourdin dari Perak untuk menyertai senarai tujuh pemain simpanan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kecederaan teruk menjelang dan sepanjang Piala Asia.

Malaysia tidak pernah menewaskan China dalam rekod pertemuan skuad senior sejak 1976 dan kali terakhir keputusannya menyebelahi lawan 1-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia pada 8 September 2004 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Bagaimanapun penyerang legenda dan ketua pasukan, Allahyarham Mokhtar Dahari nyaris membawa Malaysia mengejutkan China hasil umpanan Isa Bakar dalam pusingan akhir Kumpulan A Piala Asia 1976 di Tabriz, Iran sebelum lawan mengikat 1-1 menerusi Wang Shang Pin.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2fKczld
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon

Itulah artikel Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/suffian-akur-walaupun-terpaksa-saingi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suffian akur walaupun terpaksa saingi Azizon"

Catat Ulasan

Loading...