Loading...

Syamer buru kesebelasan terbaik

Loading...
Syamer buru kesebelasan terbaik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Syamer buru kesebelasan terbaik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Syamer buru kesebelasan terbaik
link : Syamer buru kesebelasan terbaik

Baca juga


Syamer buru kesebelasan terbaik



Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
 
Petaling Jaya: Walaupun baru kali pertama bersama Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba nyata berjiwa besar untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan.

Pemain Pulau Pinang itu mengidamkan tempat dalam kesebelasan utama namun pada masa sama dia mengaku perlu bekerja keras untuk meyakinkan jurulatih, Nelo Vingada.

Berstatus ‘adik bongsu’, Syamer berkata, kejayaan di Sukan SEA turut memainkan peranan sehingga dipanggil menyertai skuad kebangsaan dan mengharapkan kehadirannya dapat memberi sesuatu yang positif buat pasukan.

“Pastinya saya gembira apabila dipanggil dan saya cukup berterima kasih kepada jurulatih. Kini saya tidak sabar untuk memulakan aksi.

“Mungkin sebelum ini orang tidak kenal Syamel tetapi Alhamdulillah selepas itu orang mula nampak. Nyata pentas itu banyak membantu saya hingga dipanggil sertai pasukan kebangsaan.

“Semua pemain mahu berada dalam kesebelasan utama namun bergantung kepada jurulatih kerana beliau yang kenal pemain yang diinginkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun, Syamer tidak berkecil hati sekiranya gagal menempatkan diri dalam skuad utama kerana sedar dia perlu bersaing dengan pemain senior lain yang sudah terbukti kemampuan mereka bersama pasukan masing-masing.

“Setakat ini saya hanya betul-betul kenal enam pemain (skuad Sukan SEA). Tetapi hari ini (semalam) segala-galanya berjalan lancar dan pemain senior banyak membantu.

“Saya mahu balas kepercayaan jurulatih dan cuba beri apa yang dia mahukan. Atas kertas, memang sukar dan saya terpaksa bersaing namun sekurang-kurangnya kehadiran saya dapat beri lebih banyak pilihan di posisi tengah,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 11:35 AM


Thus Article Syamer buru kesebelasan terbaik

Itulah artikel Syamer buru kesebelasan terbaik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Syamer buru kesebelasan terbaik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/syamer-buru-kesebelasan-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Syamer buru kesebelasan terbaik"

Catat Ulasan

Loading...