Loading...

Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti

Loading...
Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti
link : Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti

Baca juga


Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman mencabar Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengemukakan bukti atas dakwaannya bahawa beliau menerima habuan daripada 'rangkaian dedak' agar keluar meninggalkan parti itu.   
 
Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, Kamarulazman berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan susulan selepas meneliti kenyataan pemimpin muda itu.
 
Syed Saddiq dalam sidang medianya pagi tadi mendakwa bahawa wujudnya rangkaian dedak yang sistematik sedang digunakan untuk mempengaruhi pemimpin kanan keluar meninggalkan parti.  
 
Beliau juga mendedahkan bahawa tiga pengasas PPBM yang telah keluar parti sebelum ini iaitu Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saaduddin dan Datuk Hamidah Osman adalah individu yang didakwa turut menerima habuan berkenaan.      
 
"Kita keluar atas dasar bahawa kita tidak sehaluan dengan perjuangan parti itu lagi, bukannya ada satu rangkaian untuk jual beli sebagainya. Ia adalah satu prinsip perjuangan yang sebenarnya.
 
"Kami adalah golongan yang memegang kepada prinsip bahawa perjuangan itu mesti tulen, jitu...bukannya perjuangan apabila mendapat jawatan, hanya angguk dan iyakan segala kesalahan yang dilakukan pucuk pimpinan parti," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Dalam sidang media itu juga, Syed Saddiq mendakwa beliau pernah dihubungi oleh Kamarulazman sekitar Disember tahun lalu dengan niat yang sama untuk 'mempengaruhinya' meninggalkan parti.
 
Kamarulazman bagaimanapun menafikan dakwaan itu, malah sebaliknya kata beliau, Syed Saddiq sendiri yang mengutarakan niatnya untuk meninggalkan PPBM selepas penubuhan parti itu berjaya dilakukan.
 
"Ketika penubuhan parti lagi, Syed Saddiq telah keluarkan kenyataan pada mesyuarat penaja, selepas parti ini ditubuhkan, maka tugasnya selesai. Dan dia tak nampak perjuangan politik parti merupakan perjuangan yang perlu diteruskan. 
 
"Dia sendiri nyatakan hasrat untuk mengundurkan diri dan kami pujuknya untuk kekal. Saya tak nampak mengapa dia perlu mengatakan bahawa ada rangkaian yang cuba memujuknya keluar. Saya sendiri tak pernah bercakap dengan dia untuk dia keluar dari keluar. Saya cuma katakan bahawa ada kepincangan dalam parti yang tidak sesuai dengan jiwa saya," katanya.
 
Kamarulazman merupakan salah seorang individu penting dalam penubuhan PPBM, namun mengambil keputusan untuk keluar parti pada April lalu selepas kecewa dengan amalan kronisme dan pilih kasih di dalam parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
 
Beliau juga mengumumkan peletakan kesemua jawatannya di dalam parti, termasuk sebagai ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM dan Setiausaha Kerja PPBM pusat.
 
Turut mengikut jejak langkah beliau adalah dua pemimpin kanan parti itu, Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman. 
 
Anina merupakan salah seorang pengasas yang juga merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, manakala Hamidah pula Naib Presiden. Kedua-duanya mengumumkan keluar parti pada 16 September lalu. 




Thus Article Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti

Itulah artikel Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/terima-habuan-kamarulazman-cabar-syed.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terima habuan, Kamarulazman cabar Syed Saddiq dedah bukti"

Catat Ulasan

Loading...