Loading...

Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah

Loading...
Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah
link : Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah

Baca juga


Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah


Seorang peniaga terkejut selepas dia telah terjumpa dua orang anak kecil ditinggalkan diluar pintu pagar rumahnya.

"Saya terkejut melihat seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki di luar pintu pagar rumah bersama tiga beg kain tanpa pengawasan dewasa," kata peniaga, Rahim Sarin, 64.

Menurut beliau, ketika menghampiri dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan setahun tiga bulan dan bayi lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di rumahnya di taman Air Biru, Pasir Gudang pada 29 September lalu.

Menurut beliau lagi, ketika menjumpai kanak-kanak itu kira-kira jam 4.3 petang, dia sedang membuka pintu rumahnya selepas terdengar bunyi budak menangis di hadapan rumah dan terkejut melihat kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.

"Jiran yang sedang menyapu halaman menyatakan terlihat seorang lelaki dan perempuan menaiki teksi berhampiran kediaman saya.

"Kami tidak pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.


"Saya langsung tidak mengenali bayi mahupun kanak-kanak perempuan itu dan masih keliru dengan tindakan tidak bertanggungjawab insan yang meninggalkan mereka di hadapan rumah," katanya.

Dia kemudian telah emnghubungi anak perempuannya sebelum menyerahkan kedua-dua mereka ke Balai Polis Seri Alam, Pasir Gudang.

"Mungkin insan berkenaan meninggalkan mereka supaya keluarga kami memberi jagaan kepada kanak-kanak ini namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia menyalahi undang-undang.

"Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan mereka berserta beg terbabit kepada polis bagi tindakan lanjut.

"Hampir setiap hari saya berdoa agar waris kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki itu terbuka hati untuk tampil menuntut mereka," katanya.

Sementara itu, pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zaid Ikhwan Lim berkata, kedua-dua mereka dipercayai adik-beradik namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Menurutnya, kedua-dua mereka dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Ismail (HSI) kepada JKM pada 1 Oktober 2017.

"Mulai 3 Oktober, JKM memberi perlindungan kepada mereka yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

"Diharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mereka menghubungi talian 07-2232606," katanya.  - HarianMetro/Siakapkeli


Thus Article Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah

Itulah artikel Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/terkejut-jumpa-dua-orang-anak-kecil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah"

Catat Ulasan

Loading...