Loading...
Tajuk : Tukar taktik jumpa Chelsea
link : Tukar taktik jumpa Chelsea
Tukar taktik jumpa Chelsea
ARKIB : 10/08/2007
KUCHING – Robert Alberts mempunyai formula rahsia untuk menjinakkan pasukan pilihan, Chelsea yang akan melayan Malaysia pada perlawanan kedua Kumpulan D Piala Juara-Juara Belia (CYC) di Stadium Sarawak, hari ini.
Tanpa memperincikan taktik yang akan digunakan, jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan itu diramal memberi tumpuan di jentera serangan.
Jika benar, ia berbeza dengan corak permainan bertahan dengan meletakkan hanya seorang penyerang menerusi formasi 4-5-1 ketika menentang Bayern Munich, kelmarin.
Keupayaan menembusi gawang lawan menerusi serangan balas pada perlawanan menentang Bayern mungkin menerbitkan keyakinan Alberts untuk mempertaruhkan serangan lebih kerap ke kubu lawan.
‘‘Saya ada perancangan sendiri untuk pemain negara pada perlawanan esok (hari ini) tetapi biarlah ia menjadi rahsia.
‘‘Apa yang dapat saya katakan semangat dan kesungguhan pemain berada pada tahap tertinggi selepas aksi bertenaga walaupun tewas 1-2 kepada Bayern Munich semalam (kelmarin),” katanya selepas sesi latihan, semalam.
Walaupun tewas, persembahan pasukan muda negara mendapat pujian. Ramai yang berpendapat jika tidak kerana keputusan pengadil yang kurang memihak kepada pasukan negara, Malaysia dilihat sekurang-kurangnya mampu mengikat Bayern.
Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2i8Juk4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Tukar taktik jumpa Chelsea
Itulah artikel Tukar taktik jumpa Chelsea Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tukar taktik jumpa Chelsea dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/tukar-taktik-jumpa-chelsea.html
0 Response to "Tukar taktik jumpa Chelsea"
Catat Ulasan