Loading...

ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA

Loading...
ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA
link : ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA

Baca juga


ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA



Kalau dalam perkahwinan, ulang tahun pertama masih sesi perkenalan. Nak sendawa dan kentut depan-depan pasangan pun malu-malu lagi. Tetapi masuk tahun kedua, barulah perangai-perangai buruk dah keluar. Itu lumrah alam, semua abam-abam kat luar dah rasa. Cuma kalau pernah ada awek yang lebih baik sedia ada tetapi direjek atau tak berkenan keluarga namun, padahal yang dahulu lebih mantap dari sekarang. Terimalah hakikat hidup pun macam itu. 

Begitulah juga dengan peminat Liverpool. Jangan dok banding-banding awek sekarang, Klopp dengan awek dulu, Rafa atau Houllier, mahupun Brendan. Kalau nak banding dengan Hodgson itu memang lain cerita. Klopp masih pengurus terbaik walaupun apa jua kecamanan terhadap beliau. Klopp hasilkan corak bolasepak yang menghiburkan, positif dan ditakuti lawan pada musim pengenalan. 

Mungkin ramai yang tak ingat semasa Sultan Kenny kena pecat. Klopp dipujuk FSG supaya datang ambil-alih. Namun Klopp buat dek masih nak bersama Dortmund, walaupun ketika itu beberapa pemain bintang beliau kena jual tanpa kerelaan. Dengan sebab itulah pilihan tak berapa gelemer dan sensasi dari kelab Swansea, Brendan Rodgers dibawa masuk. 

Masa Brendan masuk ramai sentap, ada yang kutuk bawa pengurus ntah apa-apa lagi tadak pengalaman. Tetapi bila Liverpool main tiki-taka bagai, puji kemain sebab hampir juarra. Hakikatnya Brendan sekadar pengurus sementara dan pak angguk kepada FSG sementara nak dapatkan pengurus bertaraf dunia. Itulah nasib Brendan, Liverpool taklah dalam kegawatan ekonomi tetapi nasib badanlah Brendan sebab Komiti Perpindahan lebih berkuasa dari pilihan beliau.

Gegenpressing adalah corak yang Klopp main musim pertama. Nampak begitu ranggi dan gempak. Tetapi kesan kepada corak agresif dan pantas itu memberikan banyak kecederaan kepada pemain sehingga tak sampai separuh musim, banyak masuk bilik rawatan. Musim kedua Klopp main lebih wasatiyah dalam segenap aspek, namun bila main sebegitu, lagi nampak teruk barisan belakang bolos tak tertanggung-tanggung.

Musim ini musim ke-2, Klopp setelah menggantikan Brendan pada 8 Oktober 2015. Gegenpressing telah hampir terkubur. Klopp banyak main corak 4-3-3 penguasaan penuh. Nampak menarik pada mulanya tapi masalah terungkai sedikit demi sedikit. Masalah dah jadi penyakit kanser, mulanya serang dari bahagian bawah, naik ketengah dan sekarang kat atas pun dah jadi sakit. Mula-mula bolos, lepas tu serangan jadi mandul nak dapat gol.

Salah-menyalah dari peminat, bekas pemain dan wartawan sukan terbias kerarah Klopp. Kritikan adalah perkara biasa, sebab memang Klopp ada banyak tersilap kira samada dalam perpindahan dan juga taktikal. Namun yang tak tahan ada plak yang nak Klopp dipecat. Kalau nak tahu kalau Klopp kena pecat silap-silap FSG ambil pengurus picisan macam Eddie Howe yang boleh mereka kuasai dari segi tak reti nak deman dana perpindahan.

Dari segi pencapaian Klopp dah bawa pasukan ke 2 Final. Kembalikan Liverpool kedalam kelompok elitis Eropah dengan bersaing dalam Liga Juara-Juara. Cuma sekarang pasukan ada masalah dan dikenalpasti serta langkah pencegahan sedang dijalankan. Langkah pertama Klopp dengan memecat Ketua fisioterapi walaupun nampak agak pelik sebab apa yang kita harap ialah membawa masuk jurulatih pakar pertahanan.


Thus Article ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA

Itulah artikel ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/ulangtahun-kedua-kloppomania.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA"

Catat Ulasan

Loading...