Loading...
Tajuk : (VIDEO) "Ayah Ibu, Masih Ingatkah Hentian Bas Ini 21 Tahun Lalu," Putera Zainuddin Sebak Dibawa Kembali Ke Tempat Dia Dijumpai
link : (VIDEO) "Ayah Ibu, Masih Ingatkah Hentian Bas Ini 21 Tahun Lalu," Putera Zainuddin Sebak Dibawa Kembali Ke Tempat Dia Dijumpai
(VIDEO) "Ayah Ibu, Masih Ingatkah Hentian Bas Ini 21 Tahun Lalu," Putera Zainuddin Sebak Dibawa Kembali Ke Tempat Dia Dijumpai
Mohamad Putera Zainuddin, 21, sebak ketika memikirkan apa yang ibunya fikir dan lalui ketika meninggalkan dia yang pada ketika itu berusia 10 hari di sebuah perhentian bas dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.
“Saya sebak. Terlintas di fikiran apa yang ibu fikirkan dan perasaannya ketika meninggalkan saya yang baru berusia 10 hari di tempat itu bersendirian," luah Putera.
Selepas kisah Mohamad Putera pernah kami siarkan sebelum ini dan tular setelah dia memuat naik keratan akhbar dan menyatakan hasratnya untuk mencari ibu-bapa kandungnya.
Buat pertama kali, dia yang tinggal bersama keluarga angkatnya di Muar, Johor telah dibawa kembali mengunjungi lokasi dimana dia ditinggalkan dan dijumpai 21 tahun lalu di Kampung Megat, Kuantan, Pahang.
Kisah kunjungan beliau kali ini mendapat perhatian pihak Astro yang dibawakan dalam rancangan Bismillahadduha, iaitu sebuah program bual bicara pagi yang ditayangkan oleh Astro Oasis.
Beliau telah dibawa bertemu dengan orang yang menjumpainya di hentian bas berkenaan pada 21 tahun lalu iaitu Encik Abdul Khalid atau lebih dikenali sebagai Pakcik Hamid.
Menurut Pakcik Hamid, beliau menjumpainya ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerja kira-kira jam 7.30 pagi sebelum diserahkan kepada Ketua Kampung.
Putera Bergambar dengan jeluarga Pakcik Hamid
Menurut Putera, ketika ditemui pakcik Hamid, dia telah ditinggalkan di dalam kotak di hentian bas berkenaan.
"Selepas mendekati kotak itu dia ternampak tangan saya terkapai-kapai menyebabkan dia memanggil peniaga kedai runcit di hadapan perhentian bas berkenaan untuk membantu," jelasnya.
Peniaga kedai berkenaan dikatakan ada mendengar bunyi enjin sebuah kereta yang berhenti berhampiran kedainya sebelum mengetahui ada bayi ditinggalkan di situ.
Putera bergambar dengan Ketua Kampung
"Pada 5.30 pagi, peniaga itu dengar bunyi kereta dan mungkin itu ibu saya. Namun sehingga kini tiada petunjuk untuk saya mengetahui siapa sebenarnya ibu saya," katanya yang memaklumkan dibantu Ketua Kampung Megat, Mohammad Jafri Maarof dalam usaha jejak kasihnya itu.
Mohammad Jafri menunjukkan tempat Putera dijumpai
Selepas berita penemuan bayi di perhentian bas itu pada 21 tahun lalu, Mohammad Jafri merupakan antara orang yang terawal ke lokasi kejadian.
Tambah Mohamad Putera lagi, dia akan meneruskan usahanya mencari ibu bapa kandungnya.
"Pada Disember nanti, saya akan ke Bachok, Kelantan untuk jumpa jururawat yang pernah merawat saya di Klinik Gambang selepas ditemui
"Mana tahu usaha saya membuahkan hasil," katanya.
Jom lihat Video detik-detik Putera ditemukan dengan wajah-wajah mereka yang menjumpainya dan bagaimana reaksi kembali semula ke stesen bas selepas 21 tahun berlalu.
Putera ditemukan dengan (bekas) ketua kampung, Encik Mohammad Jafri Maarof .
Putera ditemukan dengan Pakcik hamid.
Reaksi Putera dibawa kembali ke lokasi dia ditemui.
Sumber: Bismillahadduha, Harian Metro via Siakapkeli
Thus Article (VIDEO) "Ayah Ibu, Masih Ingatkah Hentian Bas Ini 21 Tahun Lalu," Putera Zainuddin Sebak Dibawa Kembali Ke Tempat Dia Dijumpai
Itulah artikel (VIDEO) "Ayah Ibu, Masih Ingatkah Hentian Bas Ini 21 Tahun Lalu," Putera Zainuddin Sebak Dibawa Kembali Ke Tempat Dia Dijumpai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel (VIDEO) "Ayah Ibu, Masih Ingatkah Hentian Bas Ini 21 Tahun Lalu," Putera Zainuddin Sebak Dibawa Kembali Ke Tempat Dia Dijumpai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/video-ayah-ibu-masih-ingatkah-hentian.html
0 Response to "(VIDEO) "Ayah Ibu, Masih Ingatkah Hentian Bas Ini 21 Tahun Lalu," Putera Zainuddin Sebak Dibawa Kembali Ke Tempat Dia Dijumpai"
Catat Ulasan