Loading...

1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM

Loading...
1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM
link : 1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM

Baca juga


1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM

MALAYSIADETELINE

Tony Pua

Tindakan kerajaan melayan skandal 1MDB seolah-olah ia bahan jenaka menunjukkan betapa buruknya amalan siasatan terpilih di negara ini, selar ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Mengulas kenyataan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Razali Ibrahim yang mahu semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan skandal 1MDB, Tony berkata laporan polis pertama terhadap 1MDB dibuat pada 2014 namun hanya pada Jun 2015 Menteri Dalam Negeri memaklumkan kertas siasatan telah dirujuk kepada Peguam Negara pada Mac tahun yang sama.

“Ini bermakna sudah lebih dua tahun berlalu, kertas siasatan itu masih berpindah tangan antara Peguam Negara dan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membuat perbandingan siasatan SPRM ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilakukan dalam tempoh dua bulan.

Tony justeru mempersoalkan mengapa tahap kecekapan yang ditunjukkan pihak berkuasa dalam menyiasat pemimpin pembangkang tidak berlaku dalam skandal 1MDB.

“Dengan kehilangan berbilion ringgit dana awam negara yang dipercayai digunakan bagi
menampung gaya hidup sesetengah pihak, perlu untuk kami bertanya siapa sebenarnya yang kerajaan pertahankan… rakyat atau penyangak yang berada di tampuk kuasa?” soal beliau.

Razali ketika ditanya pemberita berhubung perkembangan siasatan skandal 1MDB dipetik sebagai berkata, “Orang Cina kata ‘man man lah man-man’ (perlahan-lahan lah, perlahan-lahan)… Jadi kita tunggu perkara yang sedang disiasat oleh pihak berkaitan, insya Allah kebenaran itu akan terbukti”.



Thus Article 1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM

Itulah artikel 1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/1mdb-bukti-buruknya-amalan-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM"

Catat Ulasan

Loading...