Loading...

AFC B-16: Malaysia layak ke akhir

Loading...
AFC B-16: Malaysia layak ke akhir - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk AFC B-16: Malaysia layak ke akhir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : AFC B-16: Malaysia layak ke akhir
link : AFC B-16: Malaysia layak ke akhir

Baca juga


AFC B-16: Malaysia layak ke akhir



ARKIB : 11/03/2008
KUALA LUMPUR – Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Malaysia layak secara automatik ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 16 Asia di Uzbekistan dari 4 hingga 19 Oktober ini selepas membatalkan keputusan Korea Utara dalam pusingan kelayakan tahun lalu, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

Satu kenyataan AFC kepada Utusan Malaysia semalam menyebut, skuad remaja negara menyertai 15 negara lain yang layak termasuk tuan rumah apabila Korea Utara didapati bersalah menurunkan pemain yang melebihi had umur menurut Perkara 72 Kod Tatatertib AFC.

Malaysia pada mulanya gagal ke pusingan akhir setelah dikalahkan Australia 2-0 dan Korea Utara 4-0 dalam pusingan kelayakan di Singapura pada 17 dan 21 Oktober tahun lalu sekali gus cuma menduduki tangga tercorot Kumpulan G.

Tiga lagi pasukan yang mulanya turut dijadualkan menganggotai kumpulan ini iaitu Timor Leste, Myanmar dan Maldives menarik diri.

Bagaimanapun kesalahan Korea Utara yang juga juara kumpulan itu, membolehkan skuad negara diberikan kemenangan 3-0 dan tiga mata oleh AFC sekali gus menyertai Australia untuk mara ke Uzbekistan.

Korea Utara juga didapati tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib AFC pada 15 Februari lalu yang berdasarkan ujian pengesanan gema magnetik (MRI).

Malah menurut Perkara 26 (f) Peraturan Pertandingan, AFC berhak mendenda Korea Utara sebanyak AS$4,000 (RM12,878) selain melucutkan status kelayakan mereka.

Negara lain yang turut layak ialah Syria, Yemen, Iran, Bahrain, India, Turkmenistan, China, Singapura, Jepun, Indonesia, Australia dan Korea Selatan serta Arab Saudi ekoran lawannya, Iraq yang didapati turut menyalahi perkara berkenaan.

Arab Saudi pula cuma menduduki tempat ketiga di belakang Iraq dan India dalam pusingan kelayakan Kumpulan C, November lalu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2yVGcEd
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article AFC B-16: Malaysia layak ke akhir

Itulah artikel AFC B-16: Malaysia layak ke akhir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel AFC B-16: Malaysia layak ke akhir dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/afc-b-16-malaysia-layak-ke-akhir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AFC B-16: Malaysia layak ke akhir"

Catat Ulasan

Loading...