Loading...

Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat.

Loading...
Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat.
link : Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat.

Baca juga


Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat.


IPOH: Polis menyiasat laporan seorang lelaki yang mendakwa isterinya dilarikan anggota pasukan itu yang bertugas di sebuah balai di Selangor.

Dakwaan lelaki itu menjadi viral di media sosial selepas dia memuat turun gambar isterinya dan anggota polis berpangkat sarjan mejar sejak Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata pihaknya menerima beberapa laporan polis dibuat suami wanita berusia 31 tahun itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dekat sini.


Katanya, hasil semakan turut mendapati laporan polis turut dibuat anggota polis terbabit dan wanita berkenaan.

"Siasatan dalaman akan dijalankan terlebih dahulu atas salah laku anggota polis berkenaan dan sekiranya terbukti tindakan diambil oleh jabatan berkaitan.

"Polis juga akan meneruskan siasatan jika ada keterangan atau bukti kesalahan jenayah dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, pemilik akaun yang menggunakan nama Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.

Dalam status dimuat naik pemilik akaun terbabit, meminta orang ramai yang mendakwa melihat isterinya yang kini menyewa di sebuah bilik di beberapa lokasi di Pahang, agar menghubunginya.

Dia turut memaparkan gambar anggota polis berkenaan serta gambar isterinya.

Sumber: BH Online


Thus Article Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat.

Itulah artikel Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/anggota-polis-berpangkat-sarjan-mejar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat."

Catat Ulasan

Loading...