Loading...
Tajuk : Banjir: Penduduk Hulu Langat, Jempol mula berpindah
link : Banjir: Penduduk Hulu Langat, Jempol mula berpindah
Banjir: Penduduk Hulu Langat, Jempol mula berpindah
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Penduduk di sekitar Sungai Serai, Hulu Langat terpaksa berpindah ke pusat pemindahan selepas kawasan berkenaan dinaiki air setinggi satu kaki berikutan hujan berterusan sejak semalam.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kawasan berkenaan mula dinaiki air sejak pukul 12 tengah hari.
“Bilangan penduduk yang berpindah belum dapat dipastikan kerana mereka bergerak sendiri dari kediaman ke dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan Batu 10.
“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu di Jempol, seramai 26 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan selepas kediaman mereka terjejas ekoran banjir.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah berkata, mereka yang terlibat merupakan penduduk dari Kampung Lonek, Kampung Gajah Mati dan Kampung Serampang Indah.
“Kawasan tersebut mula dinaiki air sejak awal pagi berikutan hujan yang berpanjangan mulai malam semalam.
“Kesemua penduduk dari tiga kampung itu kini ditempatkan di balai raya di kampung masing-masing,” katanya juga dalam satu kenyataan.
Sementara itu, beberapa kawasan lain antaranya Kampung Air Dedali, Kampung Baru Peladang, Kampung Sungai Taling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir turut dinaiki air tetapi sehingga kini tiada mangsa dipindahkan.
Thus Article Banjir: Penduduk Hulu Langat, Jempol mula berpindah
Itulah artikel Banjir: Penduduk Hulu Langat, Jempol mula berpindah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Banjir: Penduduk Hulu Langat, Jempol mula berpindah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/banjir-penduduk-hulu-langat-jempol-mula.html
0 Response to "Banjir: Penduduk Hulu Langat, Jempol mula berpindah"
Catat Ulasan