Loading...

Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer

Loading...
Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer
link : Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer

Baca juga


Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer


Sering kali kita terbaca kisah kahwin dan cerai pasangan terutamanya di laman Facebook luahan hati. Macam-macam cerita dari hal yang remeh sehinggalah hal yang serius.

Pasangan suami isteri pada zaman ini dengan mudah membuat keputusan untuk berpisah tanpa berusaha untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit. Malah ada juga punca penceraian yang sangat pelik.

Jika di Malaysia selalunya kecoh suami jarang membantu isteri menguruskan hal rumah tangga di rumah. Namun berbeza pula kisah ini. Pasangan suami isteri ini bercerai kerana isteri tidak tahan melihat suaminya yang melakukan kerja rumah sehingga isterinya tidak perlu melakukan apa-apa.

Pasangan yang berasal dari Arab Saudi, Samar M. telah meminta cerai dari suaminya, Mohammad S. kerana suaminya enggan membenarkannya melakukan kerja rumah.


Mereka baru sahaja berkahwin selama 2 minggu dan Samar berasa bosan apabila suaminya sering melakukan kerja rumah sendirian. Suaminya melakukan kesemua kerja rumah seperti memasak, mengemas, dan menguruskan pakaian termasuk menggosok baju.

Samar merasakan dia tidak bebas di rumahnya sendiri dan berasa seperti seorang tetamu. Dia mengatakan kepada hakim dia benci kehidupan baru dengan suaminya itu.

“Suami saya akan menyediakan makanan malah dia akan menguruskan pakaian dan menyusunnya mengikut warna” kata Samar lagi.

“Dalam masa 2 minggu saja, suami saya telah menyusun perabot mengikut citarasanya dan saya tidak boleh memberi pendapat tentang susunan perabot di rumah”

Samar pernah mengadu mengenai masalah itu kepada ibu mertuanya dan ibu bapa Mohammad amat terkejut kerana sebelum ini Mohammad bukanlah seorang yang rajin.

Manakala menurut Mohammad pula, Samar perlu mengikut caranya sekiranya ingin terus tinggal di rumah miliknya. Perkara itu membuatkan Samar serik dan tekad untuk meninggalkan suaminya yang degil.


Thus Article Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer

Itulah artikel Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/baru-2-minggu-kahwin-wanita-minta-cerai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Baru 2 Minggu Kahwin, Wanita Minta Cerai Selepas Tak Tahan Suami Asyik Kemas Rumah Jer"

Catat Ulasan

Loading...