Loading...
Tajuk : Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur
link : Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur
Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur
JEMPOL: Akibat terjatuh dari katil, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia di rumah ibu saudaranya di Kampung Baru Rompin di sini, malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim, Muhammad Fawwas Hawwari Nasir, terjatuh ketika tidut pada jam 9.30 malam sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi.
"Difahamkan, selepas terjatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula.
"Bagaimanapun, pagi tadi dia dibawa ke Klinik Kesihatan Bahau apabila ibu saudaranya menyedari perubahan pada warna badannya dan dia dihantar ke Hospital Jempol sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian.
Sementara itu, menurut bapanya, Nasir Nain, 39, dia dan isterinya redha dengan pemergian anak kesayangannya itu dan menganggap semuanya adalah ketentuan Allah.
"Anak saya memang dijaga oleh adik ipar sejak dilahirkan kerana saya dan isteri bekerja di tempat lain. Tiada siapa harus dipersalahkan dalam kejadian ini," jelasnya.
Sumber: BH Online via Siakapkeli
Thus Article Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur
Itulah artikel Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/bayi-8-bulan-maut-terjatuh-katil-ketika.html
0 Response to "Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur"
Catat Ulasan