Loading...

Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY

Loading...
Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY
link : Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY

Baca juga


Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mencabar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar melihat pergerakan harga tiket penerbangan pada musim perayaan.

“AirAsia tidak boleh menafikan fakta, tiket dijual waktu padat terutama waktu hari raya meningkat, harga RM1,780 itu sudah hampir-hampir RM2,000

“Kalau tidak percaya kita tunggu masa sekolah nak buka dan CNY dah hampir kita tengok pergerakan harga AirAsia, dan saya mahu Aireen Omar lihat sendiri harga tiket mereka,” katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Bung berkata demikian selepas Aireen menjelaskan dakwaan oleh beliau mengenai syarikat penerbangan tambang rendah itu adalah tidak benar.

Sebelum ini, Aireen dalam satu kenyataan berkata syarikat penerbangan tersebut sentiasa berusaha menawarkan tambang rendah dan ini termasuk bagi perkhidmatan penerbangan laluan Kuala Lumpur-Sandakan.

“Dakwaan penerbangan sehala berharga RM2,000 adalah sama sekali tidak benar kerana tambang purata adalah RM213.

“Malahan semasa musim kemuncak, apabila AirAsia beroperasi dengan faktor muatan 100 peratus, tambang paling tinggi kami adalah kira-kira RM1,180, yang mana masih merupakan yang paling rendah dalam pasaran,” katanya.

Aireen berkata tidak ada sebarang ‘caj tersembunyi’ seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen itu kerana penumpang AirAsia mempunyai pilihan untuk memilih bagaimana mereka mahukan penerbangan dan apa produk yang mereka mahu bayar. Semua bayaran dan caj dinyatakan dengan jelas di laman web dan aplikasi mudah alih.

“Dalam semangat ‘prihatin kepada kebajikan rakyat’, kami ingin mempelawa beliau (Ahli Parlimen berkenaan) meneliti semula perbezaan dalam kemudahan dan perkhidmatan antara terminal lapangan terbang di Malaysia dan melihat pandangan dan maklum balas pelanggan.

“Rakyat di Sandakan terpaksa membayar cukai lapangan terbang yang sama seperti penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi perkhidmatan yang jauh lebih rendah,” katanya.

Aireen berkata AirAsia mengamalkan dasar terbuka dan mengalu-alukan mana-mana Ahli Parlimen yang mahu bekerjasama membangunkan lagi dan mengembangkan industri pelancongan.

“Kami juga mempelawa mereka bertemu dengan kami untuk mengadakan dialog membina dan memberikan kami peluang untuk menjelaskan model perniagaan kos rendah kami dan sumbangannya kepada industri,” katanya.



Thus Article Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY

Itulah artikel Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/bung-mahu-ceo-airasia-semak-harga-tiket.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bung mahu CEO AirAsia semak harga tiket ketika CNY"

Catat Ulasan

Loading...