Loading...

'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu'

Loading...
'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu'
link : 'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu'

Baca juga


'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu'

MALAYSIAKINI



PAS tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno kerana parti itu tiada perancangan untuk masa depan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa jika kerjasama kedua-dua parti menjadi kenyataan, ia akan memberi mampu menyatukan umat Islam di negara ini.

Sallehen bagaimanapun sinikal dengan kenyataan Ismail itu, dan mendakwa kerjasama yang diharapkan itu lebih berunsur politik untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Dah nak dekat PRU baru nak sebut bersatu, jelas ada sesuatu. Hasrat itu adalah gambaran kebimbangan Umno menghadapi PRU dan takut jika hilang kuasa," katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

Katanya lagi, sebelum bercakap tentang penyatuan umat, Umno seharusnya melakukan reformasi dalam parti itu.

Menurut Astro Awani 19 November lalu, Ismail berkata penyatuan pemimpin yang beragama Islam dapat menjamin kelangsungan agama dan pelaksanaan dasar berkaitannya.

Beliau yang juga menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata setakat ini tidak melihat pergaduhan antara Umno dan PAS.

Sallehen berkata lagi, PAS yang membawa politik matang dan sejahtera sememangnya mengelak pergaduhan, dan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini berpunca daripada Umno sendiri.

Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan yang Sallehen mengulang jaminan yang PAS Selangor tetap bersama pentadbiran kerajaan negeri itu.

Beliau mendakwa sesetengah media arus perdana yang merujuk pentadbiran negeri sebagai 'kerajaan DAP dan PKR' cuba menafikan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.

"Dan dalam waktu yang sama seolah-olah PAS dilihat seakan mahu mencari bersama dengan Umno," katanya seperti dipetik.



Thus Article 'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu'

Itulah artikel 'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/dekat-pru-baru-sibuk-pasal-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Dekat PRU baru sibuk pasal bersatu'"

Catat Ulasan

Loading...