Loading...

Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia

Loading...
Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia
link : Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia

Baca juga


Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia



 SKUAD B-19 Malaysia mencatat kemenangan ketiga dalam kelayakan
SKUAD B-19 Malaysia mencatat kemenangan ketiga dalam kelayakan Kejohanan AFC Bawah 19 tahun selepas menumpaskan Indonesia 4-1 di Paju, Korea Selatan hari ini. - FAM

Rozaidi Zulkifli

06 November 2017 2:47 PM
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Komitmen dan disiplin tinggi menjadi kunci utama Malaysia membenam Indonesia 4-1 dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 19 tahun di Paju, Korea Selatan hari ini, sekali gus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus.

Pengendali skuad Bawah 19 (B-19) negara, Bojan Hodak berkata, anak-anak buahnya mengikut setiap taktikal yang dirangka untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir yang akan diadakan di Indonesia, tahun depan.

“Kita bermain dengan sangat baik dan mengikut taktikal yang telah dirancang, kita melihat cara permainan Indonesia menerusi sesi video sebelum perlawanan dan pemain-pemain telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Skuad B-19 negara kini mengumpul sembilan mata maksimum daripada tiga aksi Kumpulan F, dan jika berjaya mengalahkan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir, Rabu mereka akan muncul juara sekali gus layak secara automatik beraksi bersama 15 lagi pasukan terbaik Asia lain.

Namun jika tewas, skuad negara masih berpeluang kerana berada di posisi terbaik untuk muncul sebagai lima pasukan naib juara terbaik di pusingan kelayakan.

Dua kemenangan Skuad negara sebelum ini dicatat ke atas Timor Leste 3-1 dan Brunei 1-0.

Dalam perlawanan hari ini, Hadi Fayyadh Abdul Razak menjaringkan dua gol pada minit ketujuh dan minit ke-52, disusuli satu gol menerusi Akhyar Rashid pada minit ke-34 dan A. Shivan Pillay (m-47).

Sementara itu, gol saguhati Indonesia dijaringkan oleh Hanis Saghara Putra yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol negara pada minit akhir babak pertama. - UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2hKiX9B
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia

Itulah artikel Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/disiplin-tinggi-bawa-malaysia-benam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Disiplin tinggi bawa Malaysia benam Indonesia"

Catat Ulasan

Loading...