Loading...
Tajuk : Dua pegawai SPRM ditahan, positif dadah ketika berhibur
link : Dua pegawai SPRM ditahan, positif dadah ketika berhibur
Dua pegawai SPRM ditahan, positif dadah ketika berhibur
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua orang pegawainya ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur di sebuah pusat hiburan malam tadi kerana disyaki positif dadah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki memaklumkan mereka yang ditahan berusia 33 dan 35 tahun itu ditahan selepas menjalani satu pemeriksaan ujian saringan air kencing.
“Saya mengesahkan dua pegawai SPRM ditahan dan mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya.
Azam berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan mahu tindakan undang-undang diambil segera kepada mana-mana pegawai SPRM yang terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata SPRM sebagai sebuah badan yang berintegriti tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawainya yang melakukan kesalahan jenayah.
Thus Article Dua pegawai SPRM ditahan, positif dadah ketika berhibur
Itulah artikel Dua pegawai SPRM ditahan, positif dadah ketika berhibur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Dua pegawai SPRM ditahan, positif dadah ketika berhibur dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/dua-pegawai-sprm-ditahan-positif-dadah.html
0 Response to "Dua pegawai SPRM ditahan, positif dadah ketika berhibur"
Catat Ulasan