Loading...

Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan

Loading...
Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan
link : Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan

Baca juga


Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan

Sehubungan itu, penjawat awam negara ini dinasihatkan supaya tidak gusar dengan khabar angin itu.

Zainal-Rahim-penjawat-awam


PUTRAJAYA: Kerajaan tetap meneruskan amalan pembayaran gaji sebulan sekali kepada penjawat awam seperti dilaksanakan sekarang, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Merujuk laporan sebuah portal berita yang mendakwa pembayaran gaji 2 kali sebulan secara rintis akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, beliau menafikan perkara itu dan berkata ia tidak berlaku di Malaysia sebaliknya di sebuah negara jiran.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penjawat awam negara ini supaya tidak gusar dengan khabar angin itu.

“Jadi, untuk indahkan bahasa dan suasana, kita jangan dengar sebarang khabar angin,” katanya kepada pemberita selepas menutup sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Awam hari ini.

Menurut laporan portal tersebut, langkah itu diambil bagi membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan bahan api yang semakin meningkat.

Sementara itu, Zainal Rahim berkata pihaknya bercadang menyemak semula Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 mengenai Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam dengan menambah elemen pengauditan dan penguatkuasaan terhadap isi kandungan pekeliling tersebut.

Beliau berkata pekeliling itu, yang belum pernah ditambah baik, hanya memperihal mengenai kaedah dan mekanisme penggunaan bahasa kebangsaan tanpa memasukkan perkara berkaitan pengauditan dan penguatkuasaan.

“Kita dapati penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, terutamanya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih perlu diberi perhatian. Atas faktor itu semakan dan pindaan terhadap pekeliling tersebut boleh dijadikan panduan oleh semua agensi dan jabatan kerajaan dalam memperkukuh penggunaan bahasa kebangsaan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mua’amar Ghadafi Jamal dipilih sebagai penerima anugerah Ikon Pejuang Bahasa 2017.




Thus Article Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan

Itulah artikel Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/gaji-penjawat-awam-tidak-akan-dibayar-2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan"

Catat Ulasan

Loading...