Loading...
Tajuk : Hati-hati! Wajah Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Gara-gara Penyembur Wangian Rumah
link : Hati-hati! Wajah Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Gara-gara Penyembur Wangian Rumah
Hati-hati! Wajah Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Gara-gara Penyembur Wangian Rumah
Minyak pati atau essential oil adalah sejenis minyak beraroma yang yang berasal daripada bahan-bahan asli seperti tumbuhan atau bunga. Minyak pati ini selalunya digunakan sebagai aromatherapy atau wangian. Daripada luarannya, pewangi rumah ini nampak seperti tidak merbahaya.
Namun siapa sangka, seorang wanita dari London ini hampir buta dan melecur wajahnya gara-gara penyembur wangian rumah yang mengandungi minyak pati. Aduhai!
Menurut Metro UK, seorang wanita bernama Emily Smith yang berusia 24 tahun telah melecur sebahagian wajahnya dan hampir buta kerana terkena semburan wap minyak pati daripada penyembur wangian rumah di rumahnya.
Seperti yang dikongsikan di Facebook miliknya, Emily mendakwa bahawa wap semburan minyak pati tersebut mungkin telah tersembur ke mukanya sewaktu dia cuba untuk mematikan alat penyembur itu.
“Saya sedar bahaya yang akan dihadapi jika terkena minyak pati secara langsung pada kulit, tetapi saya tidak menyangka bahawa wap semburan minyak pati yang telah dicairkan juga adalah sangat bahaya,” katanya.
Sewaktu dia cuba untuk meletakkan kayu ke dalam pendiang api rumah, Emily mula terasa bahang pada wajahnya dan kesakitan yang dialami semakin ketara. Lalu Emily segera menelefon talian kecemasan dan pada masa yang sama merendam wajahnya ke dalam air sejuk sebelum mengambil ubat tahan sakit dan tidur.
Oleh kerana sakit yang ditanggung masih tidak berkurang, Emily telah mengambil keputusan untuk ke Pusat Kecemasan dan Kemalangan Brighton keesokan paginya sebelum dirujuk ke Hospital East Grinstead.
“Saya lihat pada cermin dan tak kenal siapa diri saya. Muka saya bengkak, kulit saya menggerutu dan mata saya kabur serta berair.”
“Minyak tersebut tidak hilang dengan mudah. Sewaktu merendam wajah ke dalam air sejuk, saya bukan meredakan bahangnya tetapi sebaliknya menjadikannya lebih teruk lagi,” katanyanya lagi.
Pun begitu, Emily sangat bersyukur kerana dia tidak buta sepenuhnya dan lecur yang dialaminya tidaklah begitu teruk. Dia juga sempat memberi amaran akan bahaya minyak pati dan menasihatkan semua supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan bantuan perubatan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada sesiapa.
Sentiasa berhati-hati walaupun berada di dalam rumah. Banyak benda yang kita rasa tak merbahaya tapi boleh jadi bahaya jika tidak kena penggunaan atau caranya.
Sumber: http://lobakmerah.com
Thus Article Hati-hati! Wajah Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Gara-gara Penyembur Wangian Rumah
Itulah artikel Hati-hati! Wajah Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Gara-gara Penyembur Wangian Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Hati-hati! Wajah Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Gara-gara Penyembur Wangian Rumah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/hati-hati-wajah-wanita-melecur-teruk.html
0 Response to "Hati-hati! Wajah Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Gara-gara Penyembur Wangian Rumah"
Catat Ulasan