Loading...

Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun

Loading...
Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun
link : Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun

Baca juga


Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun

MALAYSIAKINI
 


Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan hukuman penjara terhadap seorang kerabat diraja Johor dari empat tahun kepada dua tahun kerana mencederakan petinju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron lima tahun lalu.

Bagaimanapun, barisan hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh mengekalkan denda RM10,000 yang diperintahkan untuk dibayar kepada Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 32.

Dengan itu, hukuman penjara Tunku Nick Tazuddin berkuatkusa hari ini. Kes itu sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Hakim Mahkamah Rayuan yang lain ialah Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Zawawi berpendapat bahawa hakim Mahkamah Sesyen adalah betul dalam memutuskan tertuduh bersalah atas tuduhan tersebut tetapi mengatakan terdapat unsur provokasi.

Justeru itu, hakim berkata, hukuman penjara selama empat tahun adalah tidak sesuai.

"Kami membenarkan rayuan untuk mengetepikan penjara empat tahun dan menggantikannya dengan penjara dua tahun dan untuk dia membayar denda RM10,000," katanya.

Timbalan Pendakwaraya, Kwan Li Sa mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Mohd Daud Ismail mewakili Tunku Nick Tazuddin.

Pada 28 Jun 2013, Mahkamah Sesyen Johor Bharu mendapati Tunku Nick Tazuddin bersalah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan di No 44, Jalan Molek 3/2, Taman Molek, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.

Individu yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 325 boleh dipenjarakan selama maksimum tujuh tahun.

Tunku Nick dikatakan tinggal di Istana Bukit Kesayahan di Johor Bahru.




Thus Article Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun

Itulah artikel Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/hukuman-penjara-kerabat-diraja-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hukuman penjara kerabat diraja Johor dikurang 2 tahun"

Catat Ulasan

Loading...