Loading...

Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini..

Loading...
Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini..
link : Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini..

Baca juga


Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini..


“Doktor! Tolonglah anak saya ini, dah seminggu tak boleh tidur dan menangis siang malam. Dah banyak berjumpa dengan bomoh dan lain-lain orang jampi, hembus, bubuh macam-macam penghadang, masih juga menangis. Sawan tangis ke doktor?” rayu si ibu yang sudah pening dengan masalah anaknya.

Kasihan saya melihat ibu muda anak seorang ini dalam kegelisahan. Saya periksa sistem badan anak, okay saja. Tetapi saya ternampak telinga kiri anaknya kemerahan.

Bila diperiksa melalui autoscope, ternampak drakula kenit yang tersenyum pada saya. Saiznya? Gemuk gedempol, kenyang menghisap darah mangsanya. Drakula itu pada asalnya kenit seperti mata pin, tetapi dah membesar seperti saiz biji saga. Orang Penang panggil Sekenit.


Drakul Sekenit / Ticks Ixodidae Acarina

Suka duduk dan berkawan dengan kita orang Malaysia. Tetapi dia tak kacau kita pada waktu malam tetapi suka kacau bila-bila masa sebab cuaca Malaysia yang panas dan lembab.


Dia main achilut atau polis and thief di semak samun. Tetapi selalu bersedia menyerang anda dan haiwan yang lalu lalang dengan melompat seperti Tarzan ke kulit mangsa. Drakula ini perlukan darah untuk hidup.

Sekenit akan mengorek kulit kita untuk membuang lubang. Satu alat khas seperti straw dikeluarkan untuk menghisap darah anda sehingga puas atau sehingga saiz badan meningkat 70 kali ganda dari saiz asal. Perutnya akan menjadi gemuk gedempol. Kadang-kadang terdengar ia ‘berlahak’ kekenyangan. Haha! Saya bergurau saja.

Bila kenyang, ia akan jatuhkan diri ke tanah untuk bertelur dan membiak. Jika ia membiak di kulit anda, makan akan banyak lagi Drakula yang akan menghurung ada dan binatang kesayangan anda. 

Kucing, arnab dan apa saja binatang peliharaan anda. Awas! Mungkin Drakula itu ada di kulit anak anda terutamanya di bahagian telinga!

Semasa Drakula menghisap darah, kita akan rasa gatal, sakit dan kulit kemerahan serta bengkak di tempat gigitan.

Rawatan dan Pencegahan

Jangan merayau di kawasan semak samun. Drakula ada di sana menunggu anda. Periksa binatang peliharan anda, ada sekenit atau tidak di telinga atau badannya.

Doktor akan menggunakan Forcep, kepit dan keluarkan Drakula yang perut buncit dan sapukan krim antibiotik.

Cara rawatan tradisional, nenek saya bubuh air tembakau atau air sireh saja. Drakula itu akan cabut lari. Hehe!


Thus Article Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini..

Itulah artikel Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/ibu-merayu-kepada-doktor-minta-bantuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Merayu Kepada Doktor Minta Bantuan Kerana Anaknya Tidak Berhenti Menangis.. Lepas Doktor Check Telinga Bayinya Ada Binatang Ini.."

Catat Ulasan

Loading...