Loading...
Tajuk : “Jangan Mengeluh Jika Diuji Sebegini…”, Saya Redha, Saya Ikhlas Dan Saya Tidak Berdendam.
link : “Jangan Mengeluh Jika Diuji Sebegini…”, Saya Redha, Saya Ikhlas Dan Saya Tidak Berdendam.
“Jangan Mengeluh Jika Diuji Sebegini…”, Saya Redha, Saya Ikhlas Dan Saya Tidak Berdendam.
Bila tidak boleh tidur, mulalah membelek-belek gambar lama. Gambar ini masa awal-awal suami beransur pulih. Masa baru buat Facebook ini, takut mahu upload sebab saya tidak mahu orang kutuk suami saya.
Tiap kali saya upload gambar berdua, pasti saya tutup muka suami, tiap kali itu jugalah orang tertanya-tanya kenapa tutup muka?
Sampailah satu saat, saya tunjukkan muka suami, semua orang terkejut. Semua orang mahu menangis dengan dugaan yang saya lalui. Tapi, apa yang mahu dikatakan adalah, Allah SWT sayangkan saya. Masih sayangkan perkahwinan kami yang degil ini.
Hari demi hari, keadaan kulit suami saya jadi semakin pulih. Cuma keadaan mata yang semakin teruk. Semoga ada keajaiban, amin. Tidak pernah tidak sayang. Cinta halal, kasih sampai ke syurga, jannah. Amin.
Buat yang tidak tahu lagi tentang penyakit suami saya, suami saya itu bukanlah menghidap penyakit kulit tau? Sebaliknya, ianya berpunca daripada sakit mata. Akibat alahan dengan ubat, habis ‘terbakar’ satu badan.
Alahan yang paling teruk Steven Syndrome. Boleh Google kalau tidak faham. Penyakit ini jarang orang yang kena dan penyakit ini juga sukar untuk dirawat.
Allah SWT memberikan penyakit, Dia jugalah yang memberikan penawar 1001 penyakit di dalam dunia ini. Allah SWT uji sebab Dia sayangkan pada hamba-hambaNya.
Moga aku kuat untuk harungi pada masa akan datang. Jauh lagi perjalanan kami. Hasbunallahuawanikmalwakil…
Doakan mata suami saya supaya dapat melihat seperti dahulu ya? Dapat melihat sebelah pun jadilah.
Jangan mengeluh jika diuji sebegini. Bersyukurlah jika kita merasakan apa yang Allah SWT duga ini sangat teruk, ada yang lagi teruk daripada ini.
Saya redha, saya ikhlas dan saya tidak berdendam.
Saya mahu suami dapat melihat seperti dalulu walaupun cuma sebelah mata. Sekarang ini, dia tidak dapat berkerja pun saya tidak kisah. Janji dia dapat melihat isteri dia yang comel ini. Duit bole dicari, kasih sayang sampai mati. Moga diri ini kuat mencari rezeki walaupun rezeki online dari rumah.
Sumber : Nurr Hidayah Hassan via http://www.ohmymedia.cc
Thus Article “Jangan Mengeluh Jika Diuji Sebegini…”, Saya Redha, Saya Ikhlas Dan Saya Tidak Berdendam.
Itulah artikel “Jangan Mengeluh Jika Diuji Sebegini…”, Saya Redha, Saya Ikhlas Dan Saya Tidak Berdendam. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel “Jangan Mengeluh Jika Diuji Sebegini…”, Saya Redha, Saya Ikhlas Dan Saya Tidak Berdendam. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/jangan-mengeluh-jika-diuji-sebegini.html
0 Response to "“Jangan Mengeluh Jika Diuji Sebegini…”, Saya Redha, Saya Ikhlas Dan Saya Tidak Berdendam."
Catat Ulasan