Loading...
Tajuk : Johor Bahru dilanda banjir kilat
link : Johor Bahru dilanda banjir kilat
Johor Bahru dilanda banjir kilat
ANTARAPOSJOHOR BAHRU: Hujan lebat lebih sejam sejak jam 3.30 petang tadi, mengakibatkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata antara kawasan terjejas ialah Kampung Maju Jaya, Kampung Laut Skudai, Jalan Skudai (berhampiran Skudai Parade), Kampung Paya Kenangan dan Kampung Kangkar Tebrau.
Katanya, hujan lebat secara berterusan dengan taburan hujan yang banyak antara punca berlaku banjir kilat.
"Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kekuatan seorang pegawai dan lapan anggota serta satu jentera dikerahkan ke kawasan kejadian bagi memantau kejadian banjir berkenaan.
"Bagaimanapun, buat masa ini tiada pusat pemindahan dibuka kerana air mula surut di kawasan terbabit," katanya yang dipetik BH Online.
Thus Article Johor Bahru dilanda banjir kilat
Itulah artikel Johor Bahru dilanda banjir kilat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Johor Bahru dilanda banjir kilat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/johor-bahru-dilanda-banjir-kilat.html
0 Response to "Johor Bahru dilanda banjir kilat"
Catat Ulasan