Loading...
Tajuk : Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis..
link : Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis..
Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis..
KAJANG: Polis menahan seorang guru tadika selepas dipercayai menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah tadika di Sungai Jelok di sini, semalam.
Wanita berusia 19 tahun itu yang ditahan pada jam 8.30 malam tadi di Jalan Cempaka Putih, dikatakan menampar bahagian kiri muka dan kanan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam Selasa lalu di tadika berkenaan.
"Mangsa mengalami lebam dan luka di kedua-dua pipi. Guru besar tadika itu memaklumkan kepada bapa mangsa, perkara itu berlaku kerana kanak-kanak berkenaan tidak mahu menulis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dzaffir berkata, bapa mangsa membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kajang dan pemeriksaan awal doktor mendapati ada kesan kecederaan pada tisu di kedua-dua belah pipi dan telinga mangsa.
"Kanak-kanak berkenaan kini tidak mahu ke tadika kerana trauma dengan kejadian itu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sumber: BH Online
Thus Article Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis..
Itulah artikel Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/kanak-kanak-usia-4-tahun-ditampar-guru.html
0 Response to "Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis.."
Catat Ulasan