Loading...

[KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi

Loading...
[KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi
link : [KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi

Baca juga


[KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan sehingga hari ini tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi dari kerajaan India untuk menghantar semula penceramah agama Dr Zakir Naik ke negara asalnya.
 
Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat, hari ini.
 
"Jika pihak India memohon ekstradisi dikenakan beliau berdasarkan kepada MLA, Mutual Legal Assisten kita akan hantar beliau. Setakat ini tidak ada permohonan," kata Zahid.
 
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menafikan laporan sebuah surat khabar India, The Hindustan Times pada 30 Mei lalu yang mendakwa Zakir telah memohon menjadi warganegara Malaysia.
 
"Setakat ini tidak ada permohonan untuk menjadi warganegara (Malaysia) daripada beliau," katanya.
 
Bukan itu sahaja, Times of India pada minggu lalu melaporkan kerajaan India akan mengemukakan permohonan rasmi terhadap Malaysia untuk mengekstradisi Zakir.
 
Zakir yang terkenal dengan aktiviti ceramah agama di negara ini sedang disiasat Agensi Siasatan Negara India (NIA), meninggalkan negara itu pada Julai 2016, susulan dakwaan pengikutnya terlibat dalam serangan pengganas di Bangladesh.
 
Pada 18 November 2016, NIA mendaftarkan kes jenayah terhadap Zakir di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan India dan Akta Aktiviti (Pencegahan) Undang-undang.
 
Organisasi beliau, Yayasan Penyelidikan Islam (IRF), diisytiharkan sebagai persatuan yang menyalahi undang-undang oleh kerajaan.
 
Kerajaan India mengharamkan IRF dan saluran Peace TV kendaliannya tidak dibenarkan bersiaran lagi.
 
Beliau turut dituduh menyebarkan kebencian dengan ucapan provokatif, selain menyumbang dana kepada pengganas berjumlah jutaan rupee selama bertahun-tahun.
 
Untuk rekod pada April, kerajaan menerusi Zahid memaklumkan memberikan status pemastautin tetap (PR) kepada Zakir sejak lima tahun yang lalu.
 
Ujarnya Malaysia tidak boleh menyiasat Zakir namun negara lain yang mempunyai hubungan dan perjanjian dengan kerajaan negara ini boleh menggunakan kaedah memohon bantuan perundangan bersama (MLA).
 
Semalam pembangkang mempersoal kerajaan apakah Malaysia akan menghantar balik Zakir ke negaranya dan mendakwa penceramah itu diberikan layanan istimewa di negara ini.
 
 


Thus Article [KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi

Itulah artikel [KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/kemaskini-kerajaan-akan-hantar-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[KEMASKINI] Kerajaan akan hantar balik Zakir Naik jika India mohon ekstradisi"

Catat Ulasan

Loading...