Loading...
Tajuk : Mangsa Banjir Bukan Islam Malu Masuk Ke Surau...Tapi Jawapan Bilal Ini Bila Ditanya Kenapa Amat Mengejutkan!!!
link : Mangsa Banjir Bukan Islam Malu Masuk Ke Surau...Tapi Jawapan Bilal Ini Bila Ditanya Kenapa Amat Mengejutkan!!!
Mangsa Banjir Bukan Islam Malu Masuk Ke Surau...Tapi Jawapan Bilal Ini Bila Ditanya Kenapa Amat Mengejutkan!!!
“SAYA tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan,” kata bilal surau Taman Free School, Georgetown mengulas mengenai foto yang viral selepas sekumpulan lelaki dan perempuan cina yang menumpang di surau terbabit.
Sapno Tukijo, 50, berkata, jumlah sebenar mangsa yang ditempatkan di surau terbabit yang terdiri daripada kaum Cina dan India adalah seramai 70 orang yang juga penduduk kampung sekitar Lengkuk P Ramlee yang terjejas kerana banjir awal pagi, semalam.
Malah ia sendiri cuba menyelamatkan penduduk yang ketika itu mahu menumpang di tokong berhampiran kampung mereka.
“Tokong terbabit terletak hanya beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di kedua-dua tiang elektrik.
“Bagaimanapun usaha itu gagal kerana air deras dan naik mendadak hingga paras dada dan saya sendiri mempelawa mereka menumpang di surau,” katanya.
Menurutnya, pada mulanya semua mangsa segan kerana menghormati surau namun saya terpaksa menjelaskan kepada mereka berhubung situasi yang dialami ketika itu.
“Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.
“Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Thus Article Mangsa Banjir Bukan Islam Malu Masuk Ke Surau...Tapi Jawapan Bilal Ini Bila Ditanya Kenapa Amat Mengejutkan!!!
Itulah artikel Mangsa Banjir Bukan Islam Malu Masuk Ke Surau...Tapi Jawapan Bilal Ini Bila Ditanya Kenapa Amat Mengejutkan!!! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Mangsa Banjir Bukan Islam Malu Masuk Ke Surau...Tapi Jawapan Bilal Ini Bila Ditanya Kenapa Amat Mengejutkan!!! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/11/mangsa-banjir-bukan-islam-malu-masuk-ke.html
0 Response to "Mangsa Banjir Bukan Islam Malu Masuk Ke Surau...Tapi Jawapan Bilal Ini Bila Ditanya Kenapa Amat Mengejutkan!!!"
Catat Ulasan